Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan. Ini merupakan pengumuman terbaru dari KPM melalui pekeliling Ikhtisas yang rasmi.

Pada 21 Februari 2017 iaitu pada hari Selasa lalu, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 2017.

Tujuan Surat ini dikeluarkan adalah bagi memaklumkan Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card) untuk pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Sebagai makluman, kad ini merupakan kandungan wajib bagi setiap murid persekolahan yang mana merekodkan peribadi murid, keputusan peperiksaan, bantuan persekolahan diterima, dan lain lain lagi.

Bagi sekolah rendah ianya juga dikenali kad Warna Kuning dan Sekolah Menengah sebagai kad Warna Biru.

Ini kerana rekod terkini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. Bukankah ianya tindakan yang selari dengan peredaran zaman sekarang?

Admin SGO merasakan ini tindakan wajar dari KPM. Ianya juga mengelakkan dokumentasi yang berlebihan dalam bentuk salinan keras dalam sekolah.

Sila rujuk pekeliling rasmi Ikhtisas ini di bawah.


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 

Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan

 

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat memaklumkan perkembangan terkini panduan di sekolah sekolah. Sila kongsikan agar para guru lain sedia maklum terhadap pemansuhan ini.

Terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.