Pelajar MRSM Kubang Pasu Menang Pertandingan Robot di Jepun

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
mrsm kubang pasu menang pertandingan robotik di jepun
mrsm kubang pasu menang pertandingan robotik di jepun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Inilah wira negara yang harus kita kenalkan kepada masyarakat luar. Tahniah buat warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu ataupun lebih dikenali sebagai MRSM KuPa.

Dalam Pertandingan Robotik iaitu Anugerah Khas IEERAS Young Inventor Award 2016, Pelajar dari MRSM Kubang Pasu telah berjaya dan mencipta sejarah tersendiri apabila membawa pulang dua pingat emas.

Pertandingan IEE-RAS Japan International ROBOT Pride 2016 peringkat akhir ini telah diadakan di Hosei University, Tokyo Japan.

Apakah itu PRIDE? Siapakah penganjurnya? PRIDE sebenarnya singkatan kepada Performance – Reliability – Innovation – Design – Exploratory. Dalam pertandingan ini terdapat empat (4) kategori iaitu kategori Sekolah, Kolej, Terbuka, dan Terbuka.

Penganjur pertandingan PRIDE ini adalah dipengerusikan oleh En Hanafiah Yussof selaku Pengerusi manakala badan penasihat teknikal merupakan pensyarah pensarah daripada universiti tempatan beserta beberapa dari universiti luar negara.

mrsm kubang pasu menang pertandingan robotik di jepun
mrsm kubang pasu menang pertandingan robotik di jepun

Antara universiti yang terlibat dalam mengganggotai sebagai penasihat pertandingan ini adalah UiTM, Technical University od Eindhoven, UPMC France, Okayama Prefectural Univ. Japan, IIT Genova Italy, KIST, Korea Selatan, Tech Univ Sydney, IIUM, UM, UKM, UTAR, dan lain lain lagi.

Begitu gah sekali badan organisasi pertandingan ini. Berurutan selesainya pertandingan ini, MRSM KuPa telah diumumkan juara bagi kategori 4 iaitu Tarian Robot.

Berikut adalah keratan akhbar dari Harian Metro yang mengisahkan sejarah yang tercipta dalam pertandingan ini.

Guru penasihat bagi pasukan ini iaitu Muhammad Zaim Kassim berkata, Projek KuPa Smart Boat yang dipertandingkan dalam kategori sekolah terbuka berjaya menambat hati juri sekali meraih pingat emas.

Pasukan ini terdiri dari lima pelajar dari tingkatan satu dan dua. Admin SGO ingin mengucapkan beribu tahniah atas kejayaan cemerlang ini dan semoga lebih ramai lagi wira sebegini diwar warkan dalam media untuk dijadikan teladan anak bangsa kita.

Berikutan kejayaan ini, anda boleh lihat pemakluman kejayaan tersebut dalam laman Facebook MRSM Kubang Pasu iaitu Muafakat MRSM Kubang Pasu. Terdapat pelbagai komen tahniah diucapkan seiring dengan kejayaan ini.

Komen dari bekas alumni MRSM KuPa mengenai kejayaan terkini junior di sekolah mereka.

Jadi, apa pendapat pembaca sekalian berikutan kisah ini? Silakan kongsi kisah kisah kejayaan seperti ini kepada masyarakat di luar sana. Jadikan ia sebagai teladan yang baik pada pelajar pelajar lain.

Setakat ini sahaja perkongsian dari Sistem Guru Online, SGO. Jangan lupa untuk kongsikan kisah ini dan teruskan menyokong kami di SGO.

Bagi pengguna laman sosial Telegram dan Facebook, jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>