Panduan Membawa Telefon Bimbit ke sekolah

 

panduan membawa telefon bimbit ke sekolah
panduan membawa telefon bimbit ke sekolah

Panduan Membawa Telefon Bimbit ke sekolah.

Assalamualaikum dan Salam Penghulu segala hari.

Adakah Pelajar Sekolah Boleh Bawa Telefon Bimbit ke Sekolah?  Generasi-Y iaitu anak anak yang lahir pada tahun 90-an ke atas merupakan generasi dinamik.

Kebiasaannya sudah ramai pelajar mempunyai telefon bimbit sendiri termasuk pelajar sekolah rendah. Sudah pasti, kerana telefon bimbit sekarang sangat mudah diperolehi dan walaupun mahal masih terdapat cara bayaran ansuran bagi pembelian telefon.

Sudah pasti pada 10 atau 20 tahun lalu, segolongan besar pelajar dikategorikan tidak mampu memiliki telefon bimbit. Namun ianya tidak berlaku lagi pada zaman terkini.

Tambahan pula, kebanyakan dewasa seperti kita mempunyai hobi mengumpul atau bertukar tukar gadget.

Ada yang suka untuk menukar telefon setiap tahun kerana mengikuti perkembangan teknologi semasa dan juga untuk memudahkan urusan harian.

Biasanya dari minat seperti ini juga membuatkan pelajar pelajar boleh memiliki telefon bimbit sendiri kerana mendapatnya secara percuma dari saudaranya yang lebih dewasa.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menyedari akan perkara ini pada dasarnya lalu menghalang penggunaannya secara total di sekolah.

Garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM.

  • Telefon bimbit tidak dibenarkan penggunaanya di kawasan sekolah ataupun dalam kawasan sekolah termasuk asrama sekolah.

Bagi penguatkuasaan larangan ini, guru guru boleh mengambil tindakan kepada pelajar dengan;

a. Peraturan larangan penggunaan telefon bimbit hendaklah dimaklumkan kepada semua ibu bapa murid

b. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan dan memberi kefahaman berkaitan larangan ini menerusi sidang PIBG sekolah.

c. Pihak sekolah boleh mengambil dan menyimpan telefon bimbit berkenaan.

Panduan lengkap ini telah dinyatakan di dalam pekeliling ikhtisas bilangan 2/2009.

 

Dapatkan panduan pekeliling di bawah


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : Pekeliling Garis Panduan Penggunaan Telefon oleh Murid di Sekolah

Semoga menjadi panduan berguna kepada ibubapa guru dan pentadbir sekolah.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.

telegram sistem guru online