Download Modul Latihan Sains Tahun 1 Edisi 2017

modul latihan sains tahun 1 edisi 2017
modul latihan sains tahun 1 edisi 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Download Modul Latihan Sains Tahun 1 Edisi 2017. Adakah guru sains sekalian mengalami kesukaran untuk mendapat Modul Sains bagi Tahun 1?

Jom dapatkan sekarang secara percuma Modul Sains Tahun 1 dimana ianya adalah edisi yang terkini iaitu Edisi Tahun 2017.

Di dalam Modul ini, admin SGO telah memeriksa kandungan dan kelebihan yang terdapat di dalamnya.

Melihat kepada Modul ini, ianya terbahagi kepada 42 halaman. Format Modul ini adalah di dalam format adobe pdf.

Bagi pengenalan ringkas kepada modul ini, ianya terbahagi kepada tiga tema utama iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, serta Sains Bahan.

Pada setiap mukasurat Modul ini, guru guru semua bolehlah memeriksa pencapaian murid murid anda sama ada mereka berjaya menguasai pemahamannya ataupun tidak bagi setiap halaman modul ini.

Hanyalah tandakan pada petak yang telah ditetapkan iaitu ‘Menguasai’ atau ‘Tidak Menguasai’.

Penyampaian dari Modul ini juga mendidik pelajar pelajar semua kearah kemahiran awal dalam penguasaaan KBAT bersesuaian dengan tahap Tahun 1.

Ujian ujian di dalam Modul ini berupa bentuk latihan padankan, latihan melalui tanda ‘O’ atau ‘X’, latihan susunan nombor, latihan labelkan dan sebagainya.

Modul Sains Tahun 1 Edisi Tahun 2017


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila dapatkan modul ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Download : Modul Sains Tahun 1 Edisi Tahun 2017

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Skpbt Muar 2017 bagi berkongsikan modul ini. Hanya tuhan mampu membalas perkongsian ilmu ini.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.