Makluman ‘Memorandum’ Berkenaan Jenis Dadah Baru “Strawberry Quick”

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Makluman ‘Memorandum’  Jenis Dadah Baru “Strawberry Quick”
Salam selamat petang pada sahabat sahabat dan guru semua.
Terkini!!! Memorandum seperti gambar di atas tular di laman sesawang dan media sosial semenjak dua tiga hari ini.
Perutusan Memo ini merujuk kepada Jenis Dadah Terbaru yang digelar ‘Strawberry Quick’ atau nama lainnya juga ‘Strawberry Pop’.
Bentuk dadah yang diperkatakan ini adalah dalam bentuk debu dan berwarna merah jambu seakan akan warna strawberry.

 

Bahan dadah ini amat mengelirukan kerana mudah sahaja untuk dikaburi dengan gula gula yang boleh diambil pelajar pelajar.

Berikutan dadah jenis Strawberry Quick ini, admin SGO telah membaca beberapa artikel berkaitan untuk memahami lagi jenis dadah ini dan adakah hal ini benar?

Hati-Hati! Gula-gula Crystal Meth Sedang Giat Diedarkan Kepada Kanak-kanak Di Sekolah

Berikut adalah posting dari blogspot pru141.tv mengatakan dadah seperti gula gula ini diberikan kepada pelajar pelajar di sekolah.

Posting ini bertarikh Januari 2017. Ianya seiring dengan poster yang ditampal mengenai mesej berhati hati dan menyatakan dadah jenis baru ini menular di kalangan sekolah.

Dalam pada itu, ianya adalah sejenis dadah yang mengandungi crystal meth dan kelihatan seperti ‘strawberry pop rocks'(ianya adalah seperti gula-gula yang apabila dimakan, ianya akan mengeluarkan pop-pop).

Ianya bau seperti buah strawberry dan telah diberikan kepada kanak-kanak di kawasan sekolah. Mereka mengenali dadah ini dengan nama ‘strawberry meth’ atau ‘strawberry quick’.

Kanak-kanak yang makan dadah ini telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan teruk. Malahan, ianya juga mempunyai beberapa perisa lain seperti chocolate, peanut butter, cola, cherry, grape and orange.

Jadi, ibu bapa dinasihatkan untuk mengarah anak-anak supaya tidak menerima gula-gula seperti ini daripada orang yang tidak dikenali ataupun rakan-rakan di sekolah.

Pengedar dadah dilaporkan mensasarkan golongan muda mudi yang berkemungkinan boleh jadi penagih dadah melalui tarikan dadah ini yang kelihatan dan berbau seperti gula gula.

Bagaimanapun kebahayaan dadah jenis ini masih tidak diketahui secara jelas.

Selain itu, mengikut satu blogspot lain yang menuliskan artikel mengenai medikal, dadah seperti ini sudah mempunyai ura ura tentang penyebaran masih dan dalam peringkat penyelidikan tentang pengedarannya sejak tahun 2007 lagi.

Modus operandi nya adalah sama iaitu melalui tarikan seperti gula gula dan mensasarkan golongan muda mudi.

Rujukan kami adalah pada pautan ini.

http://www.snopes.com/medical/drugs/candymeth.asp

Penulisan ini berasal dari negara barat. Bermakna ancaman seperti ini bukan sahaja di negara kita Malaysia namun juga terdapat di negara lain.

PENAFIAN SELANJUTNYA DI BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan memorandum kepada pengetua dan guru besar berhubung pengedaran dadah baharu dikenali `Strawberry quick’ di sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook miliknya malam tadi berkata, kenyataan berkenaan adalah palsu. 

Mengikut surat yang kononnya ditandatangani Pemangku Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan, Said Salleh, pada 26 Januari lalu, semua pengetua, guru besar dan maktab perlu meningkatkan kewaspadaan berhubung pengedaran dadah terbaru di sekolah.

Pihak sekolah juga kononnya diminta mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang pengedaran dadah berkenaan.

Surat palsu itu menggunakan tajuk `Awareness to the parents’ `New drugs in school’ (Kesedaran kepada ibu bapa, dadah baharu di sekolah’.

PANDANGAN PERIBADI ADMIN SGO

Setiap berita itu hendaklah dinilai dengan garisan ilmu. Lebih lebih lagi dalam isu pengedaran dadah ianya amat sukar untuk disahihkan oleh kita masyarakat awam.

SGO berpendapat ambillah langkah selamat dari isu ini. Jom kita tambahkan pembacaan artikel artikel perubatan mengenai kajian yang telah dibuat mengenai ‘Strawberry Quick’.

Memorandum ini dikatakan palsu. Jadi langkah yang terbaik jom kita teruskan dan meningkatkan pengawasan kita di sekolah dari ancaman dadah.

Walaupun bukan pada strawberry quick tetapi masih banyak bentuk ancaman dadah ni kan.

Kita juga perlu ingat badan kementerian juga memainkan peranan penting untuk menidakkan Memorandum seperti ini.

Boleh jadi memo seperti ini ada kepentingan peribadi yang tidak diketahui motifnya dan ia sekadar khabar angin sahaja.

Ambillah yang jernih dan buang yang keruh dari isu ini

Sekian perkongsian dari admin SGO.

Semoga bermanfaat.