
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Latihan Menyusun Ayat Bahasa Melayu sudah tidak asing lagi dapat membantu meningkatkan kemahiran membina ayat. Pada mendidik anak anak pelajar sekolah rendah iaitu Tahun 1,2 atau 3, susunan ayat dikategorikan penting bagi asas asas penguasaan bahasa mereka.
Oleh sebab itu, admin SGO ingin berkongsikan Nota melalui pautan di bawah bagi Latihan Menyusun Ayat.
Pada peringkat awal latihan menyusun ayat, pelajar pelajar boleh menyusun 3 perkataan dengan betul bagi membina ayat yang lengkap dan sempurna penyampainnya.
Selepas murid menguasai kemahiran menyusun ayat daripada 3 perkataan, kita bolehlah menambah latihan menyusun ayat kepada mereka dengan lebih panjang iaitu membina ayat daripada 4 atau 5 perkataan.
Pada peringkat awal juga, kita bolehlah memastikan latihan yang diberi mempunyai perbezaan pada huruf besar sebagai penanda kepada perkataan di awal ayat dan tanda noktah di perkataan terakhir.
Ini bertujuan untuk memastikan murid menguasai asas tatabahasa membina ayat iaitu huruf besar di hadapan dan tanda noktah di akhir ayat penyata.
Cuba elakkan pelajar pelajar kita menyusun perkataan dalam bentuk ayat majmuk kerana ia menyukarkan pemahaman mereka nanti.
Pastikan hanya ayat tunggal yang ringkas dan disusun dengan ringkas sahaja sebagai latihan kepada murid.
Paling mudah berikan soalan yang mengandungi 1 subjek (kata nama), 1 kata kerja , 1 objek.
Mulakan menyusun perkataan dengan ayat berbentuk aktif dan bukannya pasif.
Berikut merupakan contoh soalan yang boleh didapati dari nota yang dilampirkan pada pautan di bawah.
=========================================================
Susun perkataan berikut menjadi ayat yang betul.
- meja/ Ini /saya
________________________________________________________________
2. baru /Kasut/ ini
________________________________________________________________
3. sayang /Saya /ibu
________________________________________________________________
4. Kakak/ baik /saya
________________________________________________________________
5. besar /Sekolah /ini
________________________________________________________________
6. sangat /Durian itu/ sedap
________________________________________________________________
7. sedang /tidur /saya/ Kucing
________________________________________________________________
8. Amir /sekolah /Baju /kotor /telah
________________________________________________________________
9. akan/ bersungguh-sungguh /Saya/ belajar
________________________________________________________________
10. kegemaraan /Yasmin /merah  / Warna /ialah
________________________________________________________________
11. belajar/ Saya/ komputer /petang/ waktu/ pada
________________________________________________________________
12. kuih/ Ibu/ membuat/ raya/ dapur /di
________________________________________________________________
==========================================================
Dapatkan Latihan Menyusun Ayat Bahasa Melayu
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan pautan yang telah disediakan.
Format Nota ini adalah dalam Microsoft Words. Guru guru bolehlah menambah atau menambah baik senarai senarai Latihan yang disediakan nanti.
Download : Latihan Menyusun Ayat Bahasa Melayu
Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu penguasaan pelajar pelajar dalam kemahiran menyusun kata kata.
Semoga bermanfaat  dan sila kongsikan kepada rakan rakan guru yang lain.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.