
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Latihan Karangan Melalui Mengisi Tempat Kosong. Penulisan atau karangan merupakan salah satu kertas peperiksaan yang agak sukar bagi pelajar untuk mendapat markah cemerlang.
Isu ini pasti dihadapi walaupun ianya subjek bahasa malaysia ataupun bahasa inggeris. Diantara sebab utama ialah ianya berbentuk subjektif dan penguasaan struktur penulisan yang terperinci.
Oleh kerana itu, terdapat pelbagai pilihan diwujudkan bagi membantu pelajar pelajar menguasai karangan dengan lebih baik.
Antaranya ialah cara menyusun ayat dan latihan mengisi tempat kosong. Seperti posting SGO yang terdahulu kami telah memberi contoh latihan cara menyusun ayat.
Sebelum mengajar pelajar pelajar cara membina karangan, mereka terlebih dahulu harus pakar dalam penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Latihan yang boleh diberikan kepada mereka untuk membina ayat adalah melalui latihan menyusun perkataan membentuk satu ayat yang betul.
Sila rujuk posting kami yang terdahulu di pautan di bawah.
Latihan Menyusun Ayat Bahasa Melayu
Setelah pelajar pelajar berjaya menguasai kemahiran susun ayat ini, barulah kita boleh berikan pelajar membina karangan dengan cara mengisi tempat kosong.
Supaya lebih mudah digambarkan, lihat contoh latih tubi membina karangan dengan cara mengisi tempat kosong seperti di bawah.
Contoh :
=========================================================
Soalan :
Lengkapkan karangan dengan menggariskan jawapan yang betul. Salin semula ayat-ayat ini supaya menjadi satu karangan.
Ucapan wakil murid pada Hari Guru
Yang ( hormat / baik / mulia ) Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar serta rakan-rakan sekalian.
Hari Guru ( dipersembahkan / disambut / diucapkan ) pada 16 Mei setiap tahun. ( Tajuknya / Kegunaannya / Tujuannya ) ialah untuk( mengenang / membayang / melukis ) jasa dan perjuangan guru.
Guru sentiasa ( mengatakan / memberikan / mendidik ) kami supaya menjadi manusia yang ( beruntung / bekerja / berguna ). Ia adalah satu ( tugas / operasi / lakonan ) yang berat.
Namun, ia tetap dilaksanakan demi( keuntungan / kepentingan / kegunaan ) kami.
Kami ( mengatakan / memberikan / mengucapkan ) ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat anda ( semenjak / selama / sejak ) ini.
Kami akan ( menggunakan / mengerjakan / mengamalkan ) segala ilmu yang diajar untuk ( mendapat / menyentuh / mencapai ) cita-cita kami pada masa hadapan.
( Tamat / Selesai / Akhir ) sekali, saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan selamat (makmur / maju / gembira ) jaya.
Sekian, terima kasih.
=========================================================
Dapatkan Latihan Karangan Melalui Mengisi Tempat Kosong.
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Bahan ini adalah di dalam format ‘Microsoft Words’ dan ianya boleh diubahsuai. Pada bahan ini sendiri telah punyai 34 halaman latih tubi.
Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.
Diharapkan para guru bahasa malaysia yang menemukan posting ini boleh berkongsikan kepada teman teman guru yang lain.
Terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.