Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
3500 Soalan Latihan Matematik Operasi Asas Tambah Tolak Darab Bahagi. Posting SGO kali ini bertujuan untuk berkongsikan latihan matematik bagi  operasi tambah tolak darab bahagi.
Bagi mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran matematik, antara asas yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran asas iaitu penggunaan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Kemahiran asas ini juga merupakan salah satu konstruk yang berada di dalam saringan Linus bagi Numerasi.
Pelajar pada tahap tahun 3Â mestilah menguasai kesemua operasi matematik dalam saringan Linus bagi mencapai KPI 100% sepertimana ditetapkan pihak KPM.
Seperti yang kita ketahui, kemampuan pelajar adalah berbeza beza. Sesetengah dari mereka cukup faham dan mampu menguasai hanya dengan pengajar kali pertama sahaja.
Walau bagaimanapun, ada pula yang perlu dikuatkan melalui latih tubi yang berkali kali. Mari nilai nota muat turun yang dikongsikan pada posting kali ini.
Pada dokumen yang dilampirkan pada pautan muat turun di bawah para guru sekalian bolehlah mendapatkan Latihan Latihan ini dalam bentuk ‘Microsoft Words’.
Lampiran ini mengandungi 58 muka surat latihan dan 60 soalan matematik bagi setiap helai menjadikan jumlah latih tubi soalan soalan ini ialah 3480 soalan.
Berbalik kepada kenyataan kemampuan pelajar tadi, para guru bolehlah nilaikan tahap penguasaan pelajar pelajar anda dan berikan berapa latihan yang setara pada pemahaman mereka.
Dari jumlah 3480 latihan operasi tambah tolak darab bahagi ini, sekiranya pelajar anda baik pada prestasinya, bolehlah minimumkan latih tubi mereka. Begitu pula sebaliknya.
Selain itu, latihan ini juga sesuai digunakan bukan sahaja untuk guru sekolah, tetapi ibubapa juga dapat mencetak sendiri soalan ini bagi membantu anak-anak anda menguasai kemahiran asas ini.
Disebabkan operasi ini mudah, sesiapa sahaja yang sudah remaja atau dewasa bolehlah menjadi mentor kepada adik adik atau anak anak mereka melalui latihan sebegini.
Sebagai contoh, jika ibubapa menggunakan sehelai sehari untuk anak-anak sebagai latihan operasi matematik mereka sudah pasti hasil bagi penguasaan mereka akan berjaya.
Dapatkan 3500 Soalan Latihan Matematik Operasi Asas Tambah Tolak Darab Bahagi
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan pautan yang telah disediakan.
Seperti yang diterangkan di atas, nota ini adalah di dalam format ‘Microsoft Words’. Jadi para guru bolehlah mengubahsuai atau menambah nota ini lagi sendiri.
Download : 3500 Soalan Latihan Matematik Operasi Asas Matematik Tambah Tolak Darab Bahagi
Semoga perkongsian dari admin SGO kali ini membantu penguasaan matematik anak anak dan pelajar pelajar anda.
Teruskan menyokong kami di SGO dan kongsikan post ini kepada rakan rakan guru.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.