Kisah Benar: Guru Lempang Murid, Bapa Mohon Maaf

Kisah Benar: Guru Lempang Murid, Bapa Mohon Maaf
Kisah Benar: Guru Lempang Murid, Bapa Mohon Maaf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Guru lempang murid dan akhirnya bapa memohon maaf kepada guru berkenaan. Kenapa perkara ini boleh berlaku?

guru lempang murid
guru lempang murid

Sekarang pelbagai kes yang melibatkan guru dan murid. Terdapat juga kes yang telah di bawa kemuka pengadilan. Kes guru pukul murid, denda murid dan rogol murid selalu menghiasi akhbar. Namun, masyarakat tidak boleh terus melatah dan menganggap setiap kes adalah salah guru.

Kisah ini terjadi antara guru sekolah menengah dengan seorang murid cina. Guru ini telah melempang sekuat hati seorang murid cina. Hal ini kerana murid berkenaan telah membuat gangguan fizikal kepada pelajar perempuan di depan mata guru itu sendiri. Guru mana yang tidak akan marah sekiranya perbuatan seperti ini dilakukan di depan mata.

Pengetua telah memanggil guru ini untuk meminta penjelasan. Seperti dijangkakan,  bapa murid cina itu turut datang ke sekolah pada keesokan harinya. Pengetua bersama bapa murid itu telah tunggu di hadapan pintu pagar. Bapa berkenaan memang menunjukkan reaksi marah terhadap guru itu. Mungkin anaknya telah ceritakan yang tidak benar sehingga menaikkan kemarahannya.

guru lempang murid
guru lempang murid

Namun, setelah guru berkenaan menceritakan kenapa tindakan itu diambil barulah bapa murid itu faham. Pada masa yang sama, murid berkenaan dipukul bapanya atas perbuatan yang telah dilakukan.

Berikutan kes itu, sampai sekarang bapa murid ini masih berhubung dengan guru ini. Ini menandakan bahawa penghargaan telah dibuat. Anaknya telah menjadi manusia yang baik walaupun tidak berjaya dalam pelajaran.

Dari kisah guru ini, kita dapat mengambil pengajaran bahawa sebelum bertindak ibu  bapa perlu untuk menyiasat terlebih dahulu. Jangan terlalu percayakan kata-kata anak, sehingga penjelasan guru tidak lagi diendahkan. Jangan sampai anak kita menjadi seperti anakku Sazali dalam cerita yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Menyesal kemudian hari tidak berguna. Jangan sampai “nasi menjadi bubur”.

Semua ibu bapa sayangkan anak. Namun yang demikian, itu bukan alasan untuk kita terlalu manjakan anak. Dalam membesarkan anak pelbagai strategi perlu di atur. Ibu bapa cemerlang akan melahirkan anak yang cemerlang.

Sebenarnya tugas guru bukan sahaja mendidik tetapi juga sebagai orang yang membentuk sahsiah murid. Di sekolah tugas guru manakala di rumah tugas ibu bapa. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dalam membentuk sahsiah murid.

Namun yang demikian, itu bukan satu tiket untuk guru melakukan sebarang tindakan kepada murid. Seharusnya, guru perlu berbincang dengan guru besar terlebih dahulu dan biarkan guru besar yang mengambil tindakan. Dikhuatiri, tindakan yang guru lakukan tidak dapat diterima oleh ibu bapa. Ibu bapa sekarang bukan seperti ibu bapa dahulu. Guru silap sikit terus kena saman. Guru sekarang menjadi ketakutan dan mengambil jalan mudah untuk tidak mempedulikan lagi murid yang bermasalah.

Jadi disini, salah siapa? Ibu bapa atau guru? Apa pandangan anda semua?

Guru Berkenaan Bersama Murid
Guru Berkenaan Bersama Murid

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook