TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

80 Kesalahan Tatabahasa Umum Yang Kita Tidak Sedari

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
80 Kesalahan Tatabahasa Umum Yang Kita Tidak Sedari
80 Kesalahan Tatabahasa Umum Yang Kita Tidak Sedari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kesalahan Tatabahasa Umum Yang Kita Tidak Sedari. Berikutan dalam perbincangan kesalahan umum dalam mata pelajaran bahasa melayu, posting kali ini masih menumpukan masalah dalam tatabahasa.

Tatabahasa mempunyai pelbagai peraturan dan hukum tatabahasa yang perlu dipatuhi dalam penulisan struktur ayat.

Penjagaan yang sempurna dalam faktor tatabahasa boleh menjaga markah karangan yang baik dan juga penjagaan yang cuai membuatkan markah sangat teruk walaupun isi karangan sangat bagus.

Ilmu tatabahasa ini sering berubah-ubah mengikut tatacara dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengikut peredaran zaman.

Bagi menepati kaedah Pengajaran dan pembelajaran pula, para guru bahasa melayu seharusnya menguasai ilmu tatabahasa dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini tatabahasa bahasa melayu.

Sebagai contoh jika kita sentiasa menuruti perkembangan istilah baru di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pasti pelbagai perubahan dan penambahan dapat dikenalpasti.

Seterusnya jika terdapat apa apa perubahan, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan keadaan dan kefahaman pelajar dengan tatabahasa ini.

Mengulas kepada lampiran yang dikongsikan lagi, terdapat lebih 80 contoh kesilapan kesilapan umum dalam tatabahasa.

Yang mengejutkan lagi, mungkin kesalahan ini juga tidak disedari pada kebanyakan guru seperti kita ini. Cuba lihat dua contoh seperti dibawah ini.

==========================================================Pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

    1. dua setengah kilogram ( X  )
    2. dua kilogram setengah ( )
    3. tiga setengah minit       ( X  )
    4. lima liter suku   (  )
    5. tiga suku jam   ( X  )

Ayat pasif(kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di..oleh

  1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X   )
  2. Roti itu saya makan.     ( )
  3. Roti itu kamu makan.           ( )
  4. Roti itu dimakan oleh mereka.( )
  5. Roti itu mereka makan.            ( X  )

==========================================================

Mungkin kefahaman mudah seperti ini juga masih keliru di antara kita. Jadi mari dapatkan contoh contoh yang lain pada pautan dibawah.

Daripada perkongsian ini, diharapkan ia mampu memperbetulkan kesalahan umum pelajar serta kesalahan kita sendiri.

Dapatkan 80 Kesalahan Tatabahasa Umum Yang Kita Tidak Sedari


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Microsoft Words’ dan halaman adalah sebanyak 14 muka surat.

Download : Kesalahan Tatabahasa Umum Yang Kita Tidak Sedari.

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan oleh para guru terutama guru bahasa malaysia.

Sekiranya perkongsian ini bermanfaat, ayuh kongsikan kepada sesiapa sahaja.

Semoga bermanfaat dan teruskan menyokong kami di SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.