TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

“Kantin Bersih, Murid Sihat.”

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
"Kantin Bersih, Murid Sihat."
“Kantin Bersih, Murid Sihat.”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kantin bersih, murid sihat. Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin merupakan tempat utama di mana pelajar-pelajar memperolehi makanan pada sesi persekolahan. Dengan itu, pihak sekolah tidak boleh mengabaikan kebersihan dan keselamatan kantin.

Sebagaimana tumpuan diberikan kepada kelas dengan pengajaran dan pembelajarannya, tumpuan juga harus diberikan kepada kantinnya. Ini kerana kantin bukan sekadar tempat makan, tetapi sebagai tempat di mana pelanggan harus mendapat apa yang dihajati dan berpuas hati dengan adanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mengenyangkan.

Oleh itu, perkhidmatan makanan di sekolah perlu menyediakan makanan yang selamat, sesuai dan berkhasiat. makanan yang dijual di kantin sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar mendapat makanan yang seimbang, berkhasiat, bersih serta selamat. Kebersihan dan keselamatan makanan merupakan perkara penting dalam menyediakan makanan yang sesuai, selamat dan berkhasiat kepada pelajar sekolah.

Namun, kesedaran mengenai pengendalian makanan dan penyediaan makanan yang sempurna dalam kalangan pengendali masih berada di tahap yang rendah. Peniaga-peniaga makanan juga tidak mengamalkan kebersihan dan keselamatan semasa pengendalian makanan.

Walaupun berbagai-bagai kempen kesedaran terhadap amalan kebersihan dan keselamatan telah dijalankan oleh kerajaan namun kesannya masih lagi kurang memuaskan. Masih ramai lagi rakyat Malaysia memandang ringan terhadap kebersihan makanan dan tidak mempraktikkan amalan kebersihan dalam penyediaan, penyimpanan dan penyajian makanan seperti kebersihan diri, kebersihan tempat penyediaan makanan ataupun kebersihan peralatan yangdigunakan ketika penyediaan makanan.

Disini admin ingin berkongsi sebuah kantin sekolah yang cantik dan bersih. Sekolah SMK Pasir Gudang Johor mempunyai kantin yang bersih dan cantik hasil kerja bekas pelajar sekolah itu. Kantin ini telah viral di media sosial.

Sekolah lain boleh jadikan kantin sekolah ini sebagai contoh. Pengusaha kantin bersama pihak sekolah haris bekerjasama dalam memastikan keceriaan dan kebersihan kantin sekolah. Selain itu, pihak sekolah perlu memantau makanan dan minuman yang di jual di sana.

Di bawah ini admin kongsikan gambar kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang.

Ruang makan yang kemas dan bersih
Ruang yang cantik dan Kemas
Murid gembira makan di kantin

Ruang makan yang kemas dan bersih

Diharapkan perkongsian ini menaikkan semangat guru dan pengusaha kantin untuk menceriakan dan membersihkan kantin sekolah.

Semoga bermanfaat.

kredit kepada page facebook viral media johor.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |