TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

Kagum!! 2 Jam Berjalan Kaki Ke Sekolah Demi Menuntut Ilmu

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
kisah-benar-nawi-jalan-kaki-4-jam-sehari-ke-sekolah
kisah-benar-nawi-jalan-kaki-4-jam-sehari-ke-sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dua jam berjalan kaki ke sekolah adalah sesuatu yang luar biasa. Malaysia semakin maju namun masih ada murid yang hidup dalam serba kekurangan.

Seperti pelajar-pelajar lain di Pulau Banggi, Kudat, Sabah, Nawi mengambil keseluruhan masa perjalanan sebanyak 4 jam sehari untuk pergi dan pulang sekolah.

Hutan belantara bukan satu simbol ketakutan kepada murid ini. Sudah menjadi kebiasaan pelajar di sini merentas belantara untuk ke sekolah.. Sungguh kental semangat murid disini untuk memperolehi ilmu di sekolah.

Boleh anda bayangkan berjalan kaki dalam kegelapan seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah? Kita menaiki kereta 2 jam pun sudah berasa penat, inikan pula berjalan kaki selama dua jam. Begitu kental dan semangat murid-murid disini.

Anak-anak yang pergi ke sekolah dihantar dan diambil oleh ibu bapa pun masih malas untuk menuntut ilmu. Semangat murid disini perlu dijadikan contoh kepada mereka.

Menjadi semakin pelik, murid disini tidak berkasut apabila berjalan. Kenapa dia tidak berkasut? Adakah mereka lebih selesa berkaki ayam?

tidak pakai kasut ketika berjalan di dalam hutan

Kisah Nawi

Lokasi : Pulau Banggi, Kudat, Sabah

Jarak Perjalanan : 2 jam berjalan kaki dari rumah ke sekolah dan lagi 2 jam dari sekolah ke rumah.

Bergerak dari rumah : Seawal jam 5 pagi.

Kasut adalah satu kemewahan untuk pelajar disini. Ia sukar didapati melainkan dengan bantuan sekolah. Jadi untuk memanjangkan hayat kasut tersebut, kebanyakan pelajar disini akan menanggalkan kasut dan berkaki ayam sepanjang perjalanan pergi dan pulang.

Bagi mereka, kasut hanya layak dipakai di sekolah. Mereka mungkin takut kasut mereka akan rosak jika digunakan di dalam hutan semasa berjalan kaki. Mungkin juga takut kasut akan menjadi kotor dan tidak kemas lagi untuk ke sekolah.

Disini dapat kita bayangkan betapa susahnya hidup mereka. Bersyukur kepada murid yang sentiasa membeli kasut baru setiap tahun.

Kemiskinan dan kesukaran perjalanan tidak pernah melunturkan semangat mereka untuk dapat menuntut ilmu. Mungkin mereka sedar ilmu sangat penting untuk mengubah nasib keluarga mereka. Hanya ilmu sahaja yang dapat mengubah nasib hidup mereka.

Semangat anak-anak disini harus dijadikan contoh kepada murid di bandar. Murid di bandar terlalu dimanjakan. Kasut sendiri pun tidak pandai basuh. Ibu bapa juga yang jadi mangsa basuh untuk mereka.

Kisah murid ini boleh diambil sebagai contoh kepada murid lain yang lebih senang. Ianya boleh dijadikan motivasi supaya murid lebih sedar dan bersyukur kerana masih ada yang susah untuk mendapatkan pendidikan.

Selain itu, kerajaan juga perlu lebih prihatin dengan nasib golongan seperti ini. Bantuan yang diberikan walaupun sedikit sangat mereka hargai.

Guru yang mengajar disini juga harus diberi pujian. Semangat guru merupakan semangat kepada murid disini untuk terus menuntut ilmu.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.