Assalamualaikum sahabat guru guru semua.
Pernah terfikir nak jadi ‘ikon guru’?
Tahu tak yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai anugerah ikon guru?
Ya, bagi kesekian kalinya, tahun ini pencalonan ‘ikon guru’ telah dibuka bagi kali ke 5 setelah penganugerahan ikon guru bermula sejak tahun 2013.
Hadiah yang di anugerahkan agak lumayan iaitu RM 500 ringgit bagi tahun 2016.
Sila lihat gambar penganugerahan pada tahun lalu.
Pihak admin SGO tidak pasti bagaimana keputusan anugerah ikon guru akan dilakukan. Besar kemungkinan, ‘ikon guru’ akan terbahagi mengikut negeri masing masing. Bermakna akan terdapat beberapa calon akan terpilih sebagai ‘ikon guru’ dan akan menerima anugerah tersebut pada peringkat masing masing,
Namun, ada yang lebih menarik daripada itu. Sekiranya anda merupakan ‘ikon guru’ no.1 di Malaysia ia secara automatik melayakkan anda pada pencalonan guru peringkat global.
Bagi tahun 2016, pemenang anugerah guru peringkat global akan mendapat ganjaran sebanyak USD 1 Juta!!!
Wahh, tinggi tu. Kalau ditukarkan kepada RM adalah RM 4.5 juta!!
Baiklah, cuba lihat di sini anugerah yang telah dilaksanakan pada tahun lepas.
DUBAI : Guru dari Palestin diangkat sebagai guru terbaik, menang AS$1 juta
sumber :Â http://www.astroawani.com/berita-dunia/guru-dari-palestin-diangkat-sebagai-guru-terbaik-menang-1-juta-98516
Waaaah, menarik kan! Namun jangan kita lupa, ada lagi yang lebih berharga dari ini.
Ya, iaitu keikhlasan dan usaha mencurahkan ilmu para guru semua kepada pelajar pelajar. Itulah sesuatu yang jauh lebih berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Hanya tuhan yang mampu membalas segala jasamu wahai para guru.
Walaupun anda tidak terpilih sebagai ikon guru, tidak sesekali menentukan anda bukan guru terbaik di Malaysia.
Baik, mari lihat secara ringkas apa itu Anugerah ‘Ikon Guru”
‘IKON GURU’
– Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Anugerah lkon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017.
– Penghargaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atas sumbangan dan jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
– Pemilihan dan Pencalonan 5 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Syarat-syarat untuk dicalonkan sebagai lkon Guru 2017
Sila dapatkan syarat syarat dan makluman lengkap pencalonan termasuk borang pencalonan pada pautan di bawah;
Sekian sahaja perkongsian dari SGO. Semoga ianya bermanfaat dan teruskan menyokong kami di SGO.