Harga Makanan di Kantin Sekolah Anak Anda Mahal atau Murah?

harga-makanan-di-kantin-sekolah-mahal-atau-murah
harga-makanan-di-kantin-sekolah-mahal-atau-murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Harga makanan di kantin sekolah mahal atau murah sebenarnya tidak ramai ibubapa yang tahu. Sesetengah ibubapa mungkin langsung tidak peka mengenai isu ini atau mungkin terlepas pandang tentang harga makanan di kantin sekolah.

Jika zaman kita dahulu, bawa duit RM1.00 sudah mampu membeli makanan dan minuman malah masih mampu bawa baki duit untuk disimpan. Namun begitu tidak lagi pada zaman yang penuh cabaran ini.

“Zaman sudah berubah. Ekonomi berbeza.”

Sekarang ini sebenarnya timbul pelbagai isu mengenai harga makanan di Kantin sekolah. Mana tidaknya, dengan pelbagai harga barang yang sudah naik maka perkara ini pasti dirasai oleh pengusaha kantin juga.

Soalnya, adakah kenaikan harga makanan di sekolah tidak sepadan dengan kualiti makanan yang dijual? Atau mungkin ibubapa dan guru terlalu prejudis terhadap isu ini?

Mari kita lihat dan bincangkan mengenai isu ini sebaiknya. Kemudian kita cari kesimpulan sama ada memang harga makanan di kantin sekolah benar-benar “mencekik darah” ataupun ianya sudah mengikut piawaian yang sepatutnya.

harga makanan di kantin sekolah mahal
harga makanan di kantin sekolah mahal

Menurut gambar yang di kepilkan, ternyata ianya satu luahan yang menyedihkan apabila seorang ibu menceritakan betapa hatinya kecewa melihat menu yang dijual kepada anak-anak yang berada di sekolah rendah itu.

Katanya lagi, harga nasi RM2.00 itu tidak berbaloi dan pengusaha kantin terlalu mementingkan keuntungan.

Selain itu, isu harga makanan ringan sepeti ais krim Malaysia juga tidak ketinggalan. Antaranya ialah mengenai harga ais krim yang dijual pada harga yang terlalu tinggi. Harga ais krim Malaysia tersebut ialah seperti berikut :

  • Ais Krim Perisa Sirap = RM0.50
  • Ais Krim Persia Milo = RM1.00
harga makanan di kantin sekolah mahal
harga makanan di kantin sekolah mahal

Jika dilihat pada warna ais krim milo itu, seperti tidak berbaloi untuk di beli pada harga RM1.00. Jika dulu harganya sekadar RM0.10 atau RM0.20 sebatang dan rasanya sangat sedap sekali. Namun sekarang semuanya sudah berubah. Tetapi adakah ianya berbaloi, itu persoalannya.

Jadi, secara umumnya apa yang kita dapat kongsikan disini ialah semua ibubapa perlu mengambil berat mengenai isu ini. Selain isu kebersihan, harga makanan juga mestilah sesuai dengan kualiti makanannya. Jika harga tinggi, pastikan ianya berbaloi.

Ibubapa Harus Ketengahkan Isu Harga Makanan di Kantin Sekolah

Sebagai ibubapa anda sebenarnya berhak bersuara untuk menyampaikan pandangan. Tapi nanti sekejap, dimana sebenarnya pihak ibubapa atau Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) ingin utarakan masalah ini? Sudah semestinya di mesyuarat PIBG dan melalui saluran yang betul.

Tetapi persoalannya bagaimana nak ketengahkan isu ini jika mesyuarat PIBG hanya berapa orang sahaja yang datang. Kalau lebih dari separuh dari bilangan sebenarpun pasti sudah cukup meriah majlis tersebut dengan pelbagai cadangan dan info berguna. Tetapi sayang kerana ramai juga ibubapa yang tidak hadir.

harga-makanan-di-kantin-sekolah-mahal-atau-murah-2
harga-makanan-di-kantin-sekolah-mahal-atau-murah-2

Kepada ibubapa, jadilah ibubapa yang lebih cakna. Bekerjasama dengan guru dan pihak sekolah demi kebaikan bersama. Itu yang dikatakan sepakat membawa berkat.

Kepada pengusaha kantin pula jangan letakkan keuntungan peribadi adalah matlamat hidup dan pekerjaan anda. Sebaliknya cubalah bertimbang rasa dan mengambil keuntungan pada kadar yang sepatutnya.

SGO mahukan pandangan dan buah fikiran anda. Apa yang anda boleh kongsikan dan ceritakan pengalaman anda sendiri mengenai harga makanan di kantin sekolah anak anda.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.