“Geng Basikal” : Sekolah diarah Mengesan Pelajar yang Terlibat

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
geng-basikal--sekolah-diarah-siasat-pelajar-terlibat
geng-basikal–sekolah-diarah-siasat-pelajar-terlibat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.                                                                               Sekolah di arah mengesan pelajar yang terlibat dengan geng basikal berikutan tragedi basikal dirempuh dan melibatkan 8 orang maut . Ramai yang prihatin dengan peristiwa ini. Namun ada juga yang menyalahkan ibu bapa yang tidak pantau aktiviti anak mereka.

Kemalangan berlaku sekitar jam 3 pagi ketika anak- anak remaja ini sedang berhenti rehat seketika dari mengayuh basikal bersebelahan tanah perkuburan Mahmoodiah. “Kami berhenti dalam 10 minit, tiba-tiba datang sebuah kereta dengan laju merempuh kami” kata seorang mangsa yang terselamat.

Tempat “Geng Basikal” dirempuh

Berikutan kes ini,  Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan semua pihak supaya mengesan dan memberi sesi kaunseling kepada pelajar terbabit dengan kumpulan yang melakukan aktiviti berbasikal pada waktu malam di sekitar bandar raya ini.

Pengarahnya, Shaharudin Sharif berkata, pihak sekolah sering kali memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang terbabit dengan kumpulan berbasikal semasa perhimpunan sekolah namun masih ada segelintir pelajar ingkar dengan peringatan tersebut.

Di sini, bukan sahaja tugas guru di sekolah untuk memantau aktiviti murid di luar waktu sekolah. Orang yang paling dekat dengan pelajar ialah ibu bapa mereka sendiri. Oleh yang demikian, jangan terlalu mengharapkan guru-guru di sekolah.

Ibu bapa memainkan peranan penting terhadap aktiviti seharian anak mereka. Seharusnya ibu bapa mengambil tindakan seperti melupuskan basikal-basikal yang diubah suai tanpa ciri-ciri keselamatan yang dimiliki anak-anak mereka dan perlu memantau aktiviti anak mereka. Waktu pagi bukan waktu untuk bersukan tetapi waktu untuk tidur dan rehat.

Selain itu, di luar kawasan sekolah bukan lagi tanggungjawab guru untuk menjaga pelajar. Guru hanya mampu memberi nasihat dan teguran. Disini, Ibu bapa yang harus bertindak. Sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawal anak sendiri apatah lagi guru yang bukan tinggal sebumbung dengan mereka.

Seharusnya di sekolah juga, unit bimbingan dan kaunseling perlu berperanan. Unit ini perlu sentiasa membuat aktiviti ceramah yang melibatkan aktiviti sosial di kalangan remaja. Aktiviti berbasikal merupakan aktiviti yang sihat, namun sekiranya silap cara ianya akan menjadi aktiviti yang tidak sihat.

Sebagai Contoh, remaja yang bermain basikal pada jam 3 pagi dan membuat aksi yang merbahaya di jalanan. Ini aktiviti yang sihat tetapi telah bertukar menjadi aktiviti tidak sihat. Mengapa hal seperti ini terjadi? Adakah disebabkan oleh guru di sekolah?

Disini bukan mencari salah siapa atau mencari tanggungjawab siapa. Semua pihak perlu memberi kerjasama bukan hanya bergantung kepada pihak sekolah sahaja. Guru di sekolah bukan mempunyai masa untuk menjaga murid, tugas utama guru mengajar mereka.

Namun  yang demikian, semua guru tidak mahu anak didiknya mempunyai sahsiah yang tidak baik. Guru sedaya upaya cuba untuk menolong pelajarnya berjaya dalam pendidikan dan juga mempunyai sahsiah yang baik.

Jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran. Ibu bapa perlu lebih perihatin dengan anak-anak dirumah manakala pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada pelajar.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook