Garis Panduan Memberi Kerja Rumah Kepada Pelajar

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Garis Panduan Memberi Kerja Rumah Kepada Pelajar
Garis Panduan Memberi Kerja Rumah Kepada Pelajar

Garis Panduan Memberi Kerja Rumah Kepada Pelajar.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Posting kali ini amatlah sesuai kepada guru muda ataupun siswazah kursus pendidikan yang masih praktikal.

Admin SGO ingin berkongsikan panduan tentang bagaimana memberi kerja rumah kepada pelajar.

Kerja rumah sebenarnya sangat baik kerana ia memainkan peranan dalam menambah penguasaan murid terhadap sesuatu kandungan pelajaran.

Pelajar juga mampu menguji daya ingatan ataupun kemahiran berfikir atas segala sesuatu yang dipelajari.

Bagaimanapun, pelajar yang juga menyertai tuisyen, kelas agama, atau kelas tambahan pastinya turut dibekalkan dengan kerja rumah melalui kelas kelas ini.

Pelajar ini juga perlu mengikuti aktiviti luar waktu sekolah seperti kokurikulum, bersukan, riadah dan waktu rehat yang cukup bagi membentuk hidup sihat dan seimbang.

Untuk memastikan pelajar yang seimbang, pelaksanaan kerja rumah haruslah dirancang dengan teliti.

Disebalik keperluan pelajar itu sendiri, pemberian kerja rumah juga bertujuan untuk guru mencapai pelaksanaan tugas yang sempurna iaitu menuruti garis panduan yang ditetapkan oleh KPM.

Untuk kebaikan bersama mari kita lihat apakah panduan memberi kerja rumah yang perlu kita ketahu.

Garis panduannya adalah :

1)Perancangan

  • perancangan yang lengkap dari jawatan kuasa kurikulum.
  • pemberian kerja rumah perlu mengambil kira jumlah, jenis, kekerapan, aras kesukaran dan kemampuan murid.
  • Tidak perlu tertumpu pada waktu cuti dan hujung minggu sahaja.
  • Pemakluman kepada PIBG.

2)Pelaksanaan

  • kerja rumah berpatutan perlu dipastikan diberikan kepada pelajar.
  • Pelajar tidak digalakkan untuk meniru atau menyalin satu persatu soalan latihan atau kesemua pilihan jawapan.
  • Guru kelas boleh selaraskan dengan guru lain agar semua guru berpeluang memberi kerja rumah.
  • Boleh dipelbagaikan selain dari bertulis, juga boleh dalam bentuk aktiviti atau rekabentuk.
  • Penyemakan kerja rumah perlu segera supaya tindak susul dapat dilaksanakan.

3)Pemantauan

  • Jadual kerja rumah perlu disemak
  • Rekod kerja rumah yang diberi
  • Pengetua, guru besar, ketua panitia perlu memantau pelaksanaan jadual ini.
  • Pengetua atau guru besar wajib memastikan kerja rumah disemak oleh guru berkenaan.

Garis Panduan Memberi Kerja Rumah


Disini admin nak kongsikan pekeliling yang menjadi sumber utama bagi guru sebelum memberi kerja rumah. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Sumber ini merupakan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 2004

Download : Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat membantu guru untuk memberi kerja rumah kepada pelajar menjadi lebih terancang.

Sebagai kata kunci, bersederhanalah dalam memberi kerja rumah dan pastikan pelajar kita mampu melalui alam pendidikan mereka dengan lebih gembira.

Sambil belajar sambil meraikan kemanisan belajar. Dan tidak mengehadkan skop kerja rumah pada cara bertulis semata mata.

Semoga bermanfaat dan ayuh kongsikan post ini bersama sama.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.