PENTING!!! EG Tukar Dibuka Sekali Setahun Sahaja

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

benarkah-eg-tukar-hanya-di-buka-sekali-setahun
benarkah-eg-tukar-hanya-di-buka-sekali-setahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

EG Tukar dibuka sekali setahun sahaja diisi secara online bermula tahun 2017. Oleh yang demikian, guru-guru perlu merancang dengan lebih awal sekiranya mahu pindah pada tahun semasa.

Walaupun dia dibuka sekali setahun tetapi maklumat akan diproses secara berperingkat. Guru perlu mengisi pada bulan Februari walaupun mahu berpindah pada akhir tahun. Kelemahan disini adalah guru tidak dapat merancang last minute untuk berpindah. Permohonan secara online dilanjutkan lebih lama.

Ringkasan eG Tukar 2017

(i) Mulai tahun ini hanya sekali sahaja guru boleh mengisi permohonan online iaitu pada 1 Februari 2017 hingga 25 Mac 2017.

(ii) Permohonan tidak akan dibuka lagi bagi tahun 2017 selepas tarikh itu.

(iii) Permohonan diproses 2 kali setahun bagi sekolah menenegah iaitu pada 1 jun 2017 dan 1 Januari 2018.

(iv) Permohonan diproses 3 kali setahun bagi sekolah rendah iaitu pada 1 Jun 2017,             1 Oktober 2017 dan 1 Jan 2018.

Jadual Pertukaran Tahun 2017 Sesi 1 Jun 2017

Guru-guru perlu ingat bahawa walaupun permohonan diproses 2 hingga 3 kali namun permohonan hanya dibuka sekali sahaja tahun ini.

Disini SGO sertakan alamat eg tukar.

EG TUKAR : https://epgo.moe.gov.my/

Oleh yang demikian, guru yang merancang untuk berpindah hujung tahun perlu  mengisi pada februari juga. Nasiblah, pada bila masa akan dipindahkan mengikut kekosongan.

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |