Bantuan Persekolahan : Ibu Bapa Jangan Salah Guna Duit

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline
ibu bapa jangan salah guna duit bantuan persekolahan
ibu bapa jangan salah guna duit bantuan persekolahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengenalan

Bantuan awal persekolahan bernilai RM100 setiap seorang murid atau pelajar yang diumumkan menerusi Bajet 2017 akan diagihkan kepada 3.5 juta pelajar sekolah Rendah dan Menengah seluruh negeri pada satu tarikh dalam bulan Januari 2017 secara berperingkat-peringkat

Setiap murid / pelajar yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) bernilai RM100, sebaliknya akan layak / dapat secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan (Isi Rumah) ibu bapa atau penjaga mereka.

Ibu bapa beratur menerima bantuan persekolahan

Objektif

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Tanggungjawab Ibu Bapa

Kerajaan telah mengagihkan bantuan persekolahan ini kepada ibu bapa di seluruh Malaysia yang mempunyai kelayakan. Apakah kegunaan duit ini? Adakah untuk membeli keperluan dapur? atau dibelanjakan sesuka hati?

Ibu bapa perlu ingat duit yang diberi ini walau nilai hanya RM 100 adalah untuk keperluan persekolahan anak. Ibu bapa seharusnya membeli keperluan seperti buku, alat tulis, pakaian sekolah dan sebaginya yang berkaitan. Duit itu bukan kepunyaan ibu bapa untuk membeli barang lain selain daripada keperluan persekolahan.

Guru-guru sangat kesal apabila wang yang diberikan tidak digunakan dengan sebaiknya. Anak di sekolah memakai baju dan seluar yang usang, kasut usang tetap juga tidak diganti. Alasan mereka semua itu masih boleh digunakan. Jadi, duit RM100 itu untuk apa?

Ibu bapa yang bertanggungjawab akan sedar bahawa segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk meringankan beban mereka dalam soal pendidikan anak-anak. Jangan jadikan alasan miskin sehingga anak tidak dapat memperolehi pendidikan yang sempurna.

ibu gembira mendapat wang bantuan

Cadangan Penambahbaikkan 

Disini SGO ingin mencadangkan sebelum wang ini diagihkan seharusnya sekolah membuat satu taklimat mengenai kegunaan duit yang diberikan. Guru kelas perlu menjelaskan bahan atau peralatan apa yang perlu dibeli supaya ibu bapa tahu apa keperluan anak mereka yang belum cukup.

Selain itu, guru kelas boleh meminta resit pembelian barang kelengkapan murid yang dibeli. Ini membantu mendidik ibu bapa supaya lebih prihatin dalam menggunakan duit bantuan yang telah diberikan. Nampak seperti menambah kerja guru kelas tetapi itu sahaja cara yang kita dapat membantu murid-murid. Kerjasama guru dan ibu bapa sangat diperlukan.

Kesimpulan

Ibu bapa perlu sedar bahawa hanya dengan pendidikan seseorang itu dapat mengubah kehidupan dan masa depannya. Sebab itu kerajaan amat prihatin dengan sector pendidikan ini dengan memastikan tidak ada seorang pun yang tercicir.

Ibu bapa dalam hal ini perlu bijak dalam mengatur perbelanjaan harian dengan lebih memberi keutamaan kepada perkara-perkara pendidikan kerana ada sebilangan ibu bapa boros dalam membeli keperluan lain tetapi tidak mahu mengeluarkan belanja untuk pendidikan anak-anak.

Para ibu bapa perlu memahami bahawa bantuan ini diberikan oleh kerajaan bagi memastikan kanak-kanak kurang berkemampuan dapat mengikuti pembelajaran di sekolah dengan lebih baik dan sempurna.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.

telegram sistemguruonline