Bagaimana Mengukur Kecemerlangan Anda Sebagai Guru

Bagaimana Mengukur Kecemerlangan Anda Sebagai Guru

Assalamualaikum guru guru dan sahabat semua.

Anda puas hati bekerja sebagai seorang guru?
Adakah suasana tempat kerja kita sekarang berada pada tahap memuaskan?

Adakah anda ‘enjoy’ bekerja sebagai seorang guru?

Insyallah, hari ini SGO nak berkongsikan ‘ Bagaimana Mengukur Kecemerlangan Anda Sebagai Seorang Guru’.

Posting kali ini lebih kepada topik umum. Tidak semestinya profil seorang guru, namun sebarang kerjaya pun boleh diukur dengan cara ini.

Pengalaman admin SGO sendiri, kita sentiasa terfikirkan adakah aku puas hati kerja sebagai seorang guru? Kalau ya kenapa?

Kalau tidak kenapa? Mesti kena ada sesuatu cara nak mengukurnya kan?

Jadi setelah membaca satu artikel, SGO sudah faham macam mana nak ukur kecemerlangan di tempat kerja.

Untuk menjadi matang di tempat kerja. Kita haruslah membawa kecemerlangan melalui kerja kita di sekolah.

Kesedaran seperti ini akan membuatkan kita faham perasaan sebenar kita dan kenapakah kita ‘rasa‘ seperti itu.

Dengan itu, kita lah yang mengawal perasaan kita dan kita tidak merasakan keperluan untuk tunjukkan secara terbuka apa apa sahaja kepada rakan rakan guru lain di tempat kerja kita.

Maksudnya, kita sudah ikhlas dengan karier guru kita. Tak merasa pun nak menunjuk kita buat kerja untuk dapatkan kredit atau pujian yang tak matang langsung.

Seolah – olah kita mahu katakan ‘tengoklah saya’.

Dalam mana mana profesional kerjaya yang matang, budaya seperti ni TAK WUJUD!
Diulang lagi, mana mana profesional pun tidak WUJUD.

Sekiranya kita bekerja seperti ini wajib kita ubahnya sekarang.

Untuk merasa bahagia dan cemerlang waktu kerja di sekolah, belajarlah sesuaikan, arahkan dan kawal emosi kita.

Berfikir sebelum bertindak dan fahami tindakan kita betul betul sama ada ia akan memberi kesan pada orang lain, terutamanya kumpulan sekerja yang rapat dengan kita.

Macam mana seseorang nak dekati kita kalau orang tu tak selesa dengan kita atau mood dia cukup dingin pada kita sampai seharian suntuk?

Jadi sejauh mana kah keberkesanan dan berkesannya cara kerja kita?
Macam mana kita nak bersama sama guru lain sama sama cemerlang di tempat kerja?


MACAM MANA NAK MENCAPAI TAHAP CEMERLANG?

Inilah jawapannya :

Sekurang kurangnya………………………… Salah satu dari perkara ini ada pada kerjaya anda sekarang.

Jadi tanyalah diri anda sendiri?

Adakah kerja sebagai guru anda harini cemerlang? Jika tak? Bincangkan.
Supaya anda lebih bermotivasi untuk melakukan kerja.

Jika masih kurang mana mana perkara pun, motivasikan diri untuk mencapai salah satu dari perkara ini. Jika karier itu tidak menjanjikan apa apa, mungkin keluar dari tempat kerja adalah apa yang anda perlu lakukan.

Ingatlah, 5 tahun adalah ukuran yang tepat untuk melihat sama ada karier anda sekarang adalah karier yang sesuai pada anda atau tidak.

Sekian perkongsian SGO kali ni.
Kongsikan pada rakan rakan guru dan jadilah seorang yang matang pada kerjaya anda.

Terima kasih dan teruskan menyokong SGO.

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.