Assalamualaikum w.b.t
Masalah yang sering di alami dalam mengawal kanak-kanak yang mahu mencuba sesuatu ialah menconteng dinding. Perkara ini sering menjadi keluhan guru tabika dan prasekolah. Murid-murid seusia ini sering mahu mencuba sesuatu yang baru. Sebagai guru kita tidak boleh marah mereka sehingga mereka tidak lagi mahu mencuba sesuatu yang baru.
Sebagai guru kita perlu mencari cara yang lebih baik bagi murid seusia ini meluahkan seni tangan mereka di tempat yang betul. Sebagai contoh, menyediakan satu whiteboard mini dan berikan kepada mereka untuk menconteng apa sahaja yang mereka mahu. Guru juga boleh memberi satu buku kepada mereka sebagai tempat mereka menconteng.
Di sini admin ingin kongsikan cara nudah untuk hilangkan kesan contengan pada dinding. Diharap kaedah ini dapat membantu ibu bapa dan guru di luar sana. Biarlah kita penat memadam daripada anak terbantut dalam mencari sesuatu yang baru.
Bahan yang diperlukan ialah soda bikarbonat, spam dan air. Â Soda bikarbonat di campur dengan air sedikit terlebih dahulu. Selepas itu, gunakan span untuk cuci dinding yang ad kesan contengan.
![]() |
soda dan spam |
Sekiranya tidak berkesan boleh tukar air dengan sedikit cuka. In sya Allah ianya akan berkesan.
Di bawah ini merupakan hasil sebelum dan selepas dinding di cuci.
![]() |
Sebelum dicuci |
![]() |
Selepas di cuci |
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa dan guru dalam menangani masalah ini. Terima kasih kerana terus menyokong SGO.
credit kepada https://www.facebook.com/rosmizaliana.ros