300 Koleksi Soalan Penjodoh Bilangan

300 Koleksi Soalan Penjodoh Bilangan
300 Koleksi Soalan Penjodoh Bilangan

300 Koleksi Soalan Penjodoh Bilangan.

Assalamualaikum diucapkan kepada guru semua.

 Antara asas kepada bahasa kita iaitu Bahasa Malaysia adalah tatabahasa.

Aspek tatabahasa yang selalu pelajar terkeliru terutamanya pelajar tahun 1 hingga tahun 3 adalah penguasaan mereka dalam penggunaan penjodoh bilangan yang betul.

Penjodoh bilangan pada kata nama masing masing mempunyai pasangan penjodoh bilangan yang tertentu sahaja.

Penjodoh bilangan digunakan pada awal sesuatu perkataan ataupun nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.

Kadangkala kata bilangan dimasukkan terlebih dahulu sebelum penjodoh bilangan seperti sebahagian, tiga, empat dan sebagainya.

Antara contoh penjodoh bilangan adalah seperti :

biji – iaitu untuk buah-buahan, benda-benda yang bulat, dan benda-benda yang kecil labu,  lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas

bilah – untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

blok -untuk bangunan yang besar dan bertingkat- tingkat, pejabat, pangsapuri, bangunan

bongkah – untuk benda-benda yang berbongkah ais, kayu

pintu – untuk bangunan yang mempunyai beberapa pintu contohnya rumah, kedai

Terdapat lebih kurang 80 lagi nota nota seperti ini yang boleh didapati pada pautan muat turun 300 Koleksi Soalan Penjodoh Bilangan ini.

Berikut pula merupakan contoh soalan.

1 Polis menjumpai beberapa __________ pistol di pondok usang itu.

A pucuk

B timbun

C tingkat

D rangkai

 

2 Di tepi jalan terdapat lima  __________ batu halus untuk dibuat jalan.

A tongkol

B tangkai

C timbun

D rumpun

 

3 Mak Tijah memasukkan se__________ garam ke dalam masakannya.

A cubit

B biji

C cucuk

D cekak

 

4 Puan Maisarah membeli beberapa __________ benang emas untuk membuat tekat pada cadar baldu itu.

A biji

B buku

C butir

D cekak

Dapatkan 300 Koleksi Soalan Penjodoh Bilangan


Disini admin Sistem Guru Online (SGO) nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 300 soalan dan nota penjodoh bilangan UPSR

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan terutama guru guru bahasa melayu tahun 1 hingga tahun 3 bagi persediaan awal menghadapi UPSR.

Silakan mengambil manfaat dari post ini dan kongsikan kepada rakan rakan guru anda.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.