10 Masalah Kritikal Dunia Pendidikan

Assalamualaikum w.b.t
Admin mahu kongsi satu artikel daripada mymetro tulisan Ruhaiza Rusmin bertarikh 4 julai 2016.
Profesor Jim Butterworth yang berkhidmat dengan sebuah badan bukan kerajaan di New York, Amerika Syarikat, menggariskan 10 masalah kritikal yang dihadapi dunia pendidikan masa kini.
“Ini masalah kritikal yang jika tidak ditangani segera akan menyebabkan berlaku banyak lagi konflik.
“Kebanyakan isu ini tidak mungkin diperoleh dalam buku, kelas atau dibincangkan dengan mudah kerana ia sensitif bagi segelintir pihak.
“Sebagai ahli akademik dan pendidik, kita tidak perlu berdebat dan mengaitkannya dengan kepentingan atau diskriminasi tertentu. Ia isu sejagat yang menjadi tanggungjawab semua,” katanya.
Beliau menggariskan 10 isu kritikal yang memerlukan tindakan segera bagi kebaikan bersama.
pembelajaran pelajar yang dilihat tidak sekata antara satu sama lain selain kurangnya usaha menggalakkan pelajar menyuarakan pendapat sama ada di dalam kelas atau bilik darjah.
“Kita hanya memberi fokus kepada cara mengajar, tapi bukan belajar,” katanya.
pelajar2
Suasana Murid Belajar
Teknologi juga menjadi masalah kritikal kepada dunia pendidikan meskipun pada masa sama ledakan dunia teknologi sudah menyeluruh.
“Ada pelajar dan guru memang pandai menggunakan teknologi ini, tapi ada segelintirnya tidak atau beranggapan tidak perlu ditekankan secara keterlaluan.
“Masalah menjadi lebih sukar apabila wujudnya sekolah yang dilengkapi teknologi manakala sebahagiannya tercicir. Ketidakseimbangan ini boleh mendatangkan masalah peningkatan maklumat sedangkan ia boleh dikatakan janggal kerana di mana-mana sahaja ledakan teknologi sudah berlaku,” katanya.
Kepemimpinan sekolah juga menjadi antara isu  kerana menurutnya sebahagian besar sekolah sentiasa mengakui mereka yang terbaik berbanding lain.
pelajar3
Guru yang tidak stress akan mengajar dengan baik, Murid pun suka belajar
“Mereka mendakwa, sekolah contoh dan memegang rekod terbaik. Kononnya ini penting untuk mereka membina reputasi dalam kalangan masyarakat dengan menonjolkan kejayaan pelajar, guru dan sekolah.
“Mereka percaya nilai kepemimpinan yang ditonjolkan boleh memberi impak positif atau negatif kepada persekitaran sekolah,” katanya.
Namun, katanya, isu paling besar yang wajar ditangani ialah kemiskinan.
“Di seluruh dunia, kira-kira 22 peratus pelajar hidup dalam kemiskinan. Mereka hadir ke sekolah serba kekurangan, tapi mengharapkan mampu memperoleh pendidikan yang baik serta mampu mengubah masa depan.
pelajar4
Murid datang ke sekolah walau ap jua keadaan
“Malangnya ia tidak berlaku kerana yang miskin akan terus miskin manakala yang bernasib baik akan lebih maju kerana tindakan diambil tidak berterusan,” katanya.