WOW!!! Murid pedalaman Sabah dapat membuat “BEATBOXER”, Luar Biasa!!!

Assalamualaikum w.b.t

Admin harap guru-guru semua berada di dalam sihat walafiat.

Semua sedia maklum setiap manusia dianugerahkan dengan kebolehan istimewa dan juga bakat. Begitu juga dengan murid di sekolah mempunyai bakat yang terpendam perlu dicungkil oleh guru.

Admin amat tertarik dengan tiga orang murid di pedalaman Sabah. Setiap murid mempunyai bakat yang berbeza. Murid-murid ini mempunyai bakat beatboxer. Wow!!! sungguh hebat tiga murid ini dalam membuat persembahan beatboxer. Bakat ini boleh digilap dan boleh masuk ke peringkat antarabangsa.

Mungkin ramai diluar sana yang tidak mengetahui apa itu beatboxer. Disini admin terangkan apa itu beatboxer. Beatboxer adalah satu bakat seni yang mengfokuskan diri dalam menghasilkan bunyi-bunyi ritmis dan ketukan drum, instrumen muzik atau  tiruan daripada lainnya, khususnya suara turntable melalui alat-alat ucap manusia seperti mulut, lidah, bibir dan rongga ucap lainnya.

Sekiranya dilihat bakat ini seperti tidak sesuai dikembangkan , namun guru boleh melatih murid bagi memastikan bakat ini dapat membantu mereka menghasilkan sesuatu yang baru. Mungkin mereka dapat menempah nama dipersada dunia. Jangan sesekali guru mengecilkan bakat yang ada pada murid.

Tiga orang murid pedalaman ini telah membuktikan bahawa tiada halangan bagi mereka yang mahu menonjolkan apa sahaja bakat yang mereka ada. Mungkin satu hari nanti akan menjadi beatboxer terkenal di dunia. Tiada apa yang mustahil.

Mari sama-sama kita saksikan bakat murid ini.

Kami daripada SGO mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.