Toontastic 3D : Aplikasi Pendidikan Secara Ceria dan Bergembira untuk Anak Anak

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Toontastic 3D : Aplikasi Smartphone Pendidikan Secara Ceria dan Bergembira untuk Anak Anak

Asssalamualaikum guru guru dan semua.
Posting kali ni nak berkongsikan satu aplikasi ‘smartphone’ yang sangat sesuai bagi pendidikan anak anak. Iaitu belajar dan bercerita sambil bermain ‘games‘.
Cuba fikirkan,amat menarik sekiranya masa anak anak digunakan untuk pembelajaran dan pembangunan pemikiran sepanjang masa. Kita sendiri umum bahawa fokus kanak kanak untuk pembelajaran adalah pada maksimum selama 40 minit. Ini merujuk kepada aktiviti pembelajaran secara bertulis.
Kerana itu, inisiatif pendidikan sambil bergembira ataupun ‘education while having fun‘ diterapkan kepada anak anak seperti permainan lego, teka silang kata, ‘puzzle’, permainan ular, dan sebagainya.
Disamping itu, kita juga digalakkan untuk mendidik anak anak melalui sukan dan aktiviti luar rumah.  Dalam era pembangunan terkini, anak anak kita juga terdedah dengan ujian leka terbaru yang agak kritikal iaitu terikat dengan gadget ataupun ‘smartphone’.
Jadi, pengenalan aplikasi ini amat bermanfaat untuk merebut peluang masa anak anak kita dari leka bermain smartphone kepada leka belajar melalui smartphone. Pembangunan aplikasi Toontastic 3D ini sudah memakan tahun iaitu berasal dari Toontastic dan dijadikan versi 3D baru baru ini.

Google telah bekerjasama dengan para pendidik selama bertahun-tahun untuk menghasilkan program khas buat kanak-kanak agar mereka dapat mencipta menggunakan kod, mewarnai impian mereka menerusi coretan, meneroka lokasi-lokasi eksotik menerusi realiti maya atau melawat pergunungan Himalaya bersama seekor Yeti yang peramah bernama Verne.

Sama seperti aplikasi Toontastic asal (diperkenalkan pada 2011 dan dipuji oleh para pendidik, kanak-kanak dan para ibu-bapa dari serata dunia),

 

Jom lihat apakah fokus Toontastic 3D ini.

Segera Dapatkan Toontastic 3D

Idea sebenar tercetus daripada anak anak yang suka mendengar cerita sebelum masuk tidur ataupun ‘bedtime stories’. Aplikasi ini boleh didapati melalui Google Play secara percuma. Hanya tekan butang ‘Search’ dalam Google Play atau Appstore dengan kata kunci Toontastic 3D.Toontastic 3D boleh di download di Google Playstore : Toontastic 3D

 

Daripada mendengar cerita alangkah baik kalau kanak kanak sendiri mengembangkan daya imaginasi mereka untuk mereka cerita interaktif mereka sendiri. Jadi ianya dapat direalisasikan melalui 3 pilihan utama aplikasi ini iaitu penceritaan pendek,  penceritaan klasik ataupun melalui Laporan Sains.
Permainan ini boleh menukarkan dan menterjemahkan imaginasi kanak kanak kepada penceritaan penceritaan tersendiri. Dengan Toontastic 3D anak anak boleh :
Mereka plot cerita dan memilih latar belakang serta karakter yang ingin dilibatkan dalam penceritaan itu. Selain itu ia juga boleh memasukkan muzik latarbelakang bagi menyokong penceritaan mereka.
Pemilihan latar belakang.
Pemilihan karakter
Anak anak pastinya gembira dan seronok nak melayan fasiliti fasiliti yang terbina dalam aplikasi ini. Tidak lupa mereka juga boleh menambah karakter dan meletakkan gambar gambar sendiri di setiap karakter. Sebagai contoh
Didalam satu penceritaan beberapa karakter boleh dibina. Sekiranya setiap cerita diletakkan gambar gambar ahli keluarga. Bukankah itu mengharukan hati kita? Disamping itu kita juga mampu fahami apakah yang tersirat dalam hati anak anak kita kan?
Oh, tidak lupa. Setelah lengkap penceritaan dilakukan, ianya boleh dimainkan secara ‘video’ dan dapat disimpankan dalam memori phone tersebut sebagai kenang – kenangan. Sebagai ibu bapa, apa kata anda pantau perkembangan pemikiran dan suruh mereka ceritakan apakah cerita interaktif yang dihasilkan mereka.
Disamping itu, kita sudah punyai lebih bahan untuk bercerita dan berkongsi bersama anak anak disambil membimbing mereka mengenai peluang untuk mengembangkan lagi penceritaan, daya imaginasi, kebolehan berfikir dan kreativiti mereka.
Setakat ini sahaja perkongsian dari SGO. Semoga ianya penuh bermanfaat bagi kita semua dan kongsikan posting ini kepada ibu bapa yang lain.
Terima kasih dan teruskan menyokong SGO.
sumber : https://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/toontastic-3d-aplikasi-bercerita-kanak-kanak-1.434657