Tips Penggunaan Whatsapp & Telegram untuk Elakkan Phone daripada ‘Jammed’

tipswhatsapp26Telegramtitle

Assalamualaikum cikgu-cikgi, pengetua sekolah, dan cikgu kaunselor.

Pihak admin SGO tahu, kalau dah cuti ni mesti berlambak mesej atau chatting yang masuk kan. Terutama kita lah, geng cikgu-cikgi. Mestilah, orang asyik kata kerja cikgu ni simple, setiap hari petang sikit dah boleh balik. Lepas tu dah boleh relaks.

Tapi itulah mulut orang kita tak dapat nak tutup. Biarkan ajelah dia. Dia tak tahu yang ada bezanya kita dah balik kerja dengan orang biasa balik kerja.

Perbezaan dia, orang biasa balik tinggalkan kerja di pejabat. Tapi cikgu cikgi ni balik dengan kerja -kerja sekali ikut ‘balik‘. Betul tak? Kalau tak betul. Anda memang istimewa, Hehe.

Ok lah, macam ni. Kita lupakan cakap orang lain dan fokuskan hidup kita sama sama. Pakat – pakat sokong para guru dan sama sama memudahkan kerja kita kan.

Cuba tengok screenshot SGO kongsikan kat bawah ni? Ini dari Telegram admin SGO sendiri.

Kalau tinggal tak sampai 10 minit pun phone kita dah macam ni. Betul tak? Beratus – ratus mesej masuk.

Dapatkan Tutorial Elak Telefon Hang & Jammed

Untuk versi yang lebih jelas (versi PDF) boleh muatnaik dekat bawah :
Cara Buang Auto-Download di Whatsapp & Telegram

PointBlur Jan142017 073417 Mesej yang masuk dekat 300 sekaligus. Ini baru di telegram. Kalau dicampur dengan Whatsapp sekali tambah 200 lagi. Memang tak lama lagi ‘hang’ ler phone kita kan.

Sebenarnye, punca utama mudah ‘hang’ ke ‘jammed’ ke sebab setting asal aplikasi ni dia auto-download gambar dan video terutamanya ke dalam phone kita. Sebabkan tu, phone kita running proses dan memori banyak sangat. Yelah, kalau dalam 300 mesej tadi, 50 darinya foto dan beberapa video. Tak sedar nanti habis memori phone ye. Habis memori tak pe lagi kena rajin delete. Habis dengan kuota lagi. Terbang lagi duit kan..Ish2…

Jadi, SGO hari ni nak kongsikan macam mana elakkan phone kita dari auto-download aje semua gambar dan video tu dari Whatsapp dan Telegram.

Cuba lihat panduan ringkas dalam gambar kat bawah. Simple dan langkah demi langkah dikongsikan. 🙂

Pihak SGO berharap perkongsian ringkas ini boleh beri manfaat berpanjangan pada guru-guru. Harapnya tak putus pada kita saja. Bolehla ‘share’ kat sesiape aje perkongsian ini kan.

Moga dipermudahkan dan teruskan menyokong usaha baik kami di SGO.
Terima kasih. 🙂

# p/s : bila dah tukar setting tak auto-download, jika semasa kita scroll Whatsapp & Telegram kita jangan risau. Mana – mana gambar yang terpilih kita boleh download. Klik saja kat gambar yang kita rasa nak download. Nanti phone kita akan download secara automatik.