“Terkejut” Orang ramai, Hakim Cium Tangan Cikgunya Di Mahkamah

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari ini, pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada seorang guru. Walaupun telah nyata bahawa tugas seorang guru adalah mendidik anak bangsa, namun masih ada segelintir ibu bapa yang tidak pernah mengucapkan terima kasih.

Sedar atau pun tidak sedar, jawatan yang disandang itu adalah hasil didikan seorang guru. Sehinggakan guru dilabelkan sebagai ibu bapa kedua anak-anak mereka. Memang benar, ada segelintir guru yang salah menggunakan kuasa mereka. Namun jangan disebabkan “nila setitik rosak susu sebelanga”. Masih ada guru-guru yang ikhlas dan mempunyai hati yang mulia mendidikan anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang.

Guru sekarang sentiasa dalam ketakutan untuk mendidik anak bangsa. Hal ini kerana kalau mahu marah takut diheret ke makhamah. Mahu jentik murid pun sekarang guru sudah tidak berani. Bagaimana guru mahu membentuk akhlak murid sekiranya tidak dibenarkan membuat itu dan ini???

Murid sekarang sudah besar kepala. Mereka tidak lagi ada perasaan hormat kepada guru. Hal ini kerana ibu bapa sentiasa membela mereka tanpa memikirkan kesan yang akan timbul. Admin tidak mengatakan bahawa semua ibu bapa itu tidak hormat guru, tetapi itulah senario pada zaman kini.

Jom Baca Kisah Sebenar yang Penuh Tersirat

Admin disini ingin berkongsi dengan satu berita yang berlaku di Amman, Jordan. Berita ini benar dan membuktikan masih ada lagi masyarakat yang menyanjung guru.
 
” Seorang hakim mengejutkan orang ramai yang menghadiri mahkamah apabila meninggalkan tempat duduknya untuk turun mencium tangan tertuduh dalam kes dibicarakannya. Sumber mahkamah memberitahu media tempatan tertuduh terbabit, seorang GURU, turut terkejut dengan tindakan hakim berkenaan.

Bagaimanapun hakim itu kemudian menjelaskan defendan adalah gurunya ketika disekolah rendah lagi. Guru itu didakwa di mahkamahnya atas tuduhan memukul seorang anak murid minggu lalu. “

Apa yang menyentuh admin mengenai berita ini ialah Hakim mengungkapkan kata-kata ini kepada tertuduh semasa mencium tangan guru berkenaan.
 
” Inilah hukuman yang saya berikan kepada kamu, wahai guru”

 

Disini kita dapat lihat betapa muliannya hati seorang murid yang telah berjaya menjadi seorang hakim. Dia sangat menyangjungi dan menghormati guru yang telah mendidik beliau sehingga berjaya pada hari ini. Tiada hukuman yang lebih berat daripada mengucapkan ribuan terima kasih.
IMG 3049
Kasih sayang seorang guru terhadap muridnya dalam bersama-sama aktiviti membaca
Hal seperti ini, seharusnya diikuti oleh masyarakat di Malaysia. Jangan terlalu sibuk mencari kesalahan dan kesilapan guru sampai terlupa bahawa gurulah yang mendidik anak kita. Tidak salahnya kalau ibu bapa datang berbincang dengan guru terlebih dahulu sebelum mengfailkan saman kepada guru.
Disini admin ingin menegaskan bahawa PERIBADI SESEORANG ANAK ITU ADALAH DIBENTUK OLEH IBU BAPA, BUKANNYA GURU. Jadi disini guru telah mengambil alih tugas ibu bapa. Tidak salahnya kalau kita mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar anak kita.

Dengan adanya artikel ini dapat membuka mata ibu bapa diluar sana betapa besarnya sumbangan guru kepada anak kita. HARGAILAH GURU, BUKAN MENGHUKUM GURU. 

IMG 1608
guru bersama ibu bapa gotong royong bagi memastikan keselesaan murid


Kami daripada SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas sokongan anda kepada kami.