Takwim Cuti Perayaan 2017 & Kalender Cuti Sekolah 2017

Kalender Cuti Sekolah 2017 Rasmi Disusun Terbaik & Surat Pekeliling Lengkap bagi Cuti Sekolah 2017
Kalender Cuti Sekolah 2017 Rasmi Disusun Terbaik & Surat Pekeliling Lengkap bagi Cuti Sekolah 2017

Assalamualaikum.

Kalender Cuti Sekolah 2017 Rasmi ialah satu takwim lengkap dengan surat pekeliling. Takwim Cuti Perayaan ini berfungsi untuk memberikan garis panduan kepada semua guru-guru, ibubapa dan masyarakat mengenai hari cuti sekolah bagi musim cuti perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan sebagainya.

Sebenarnya di dalam Kalender Cuti Sekolah 2017 Malaysia yang telah dikeluarkan sudah ada tarikh-tarikh cuti sekolah bagi sesi persekolahan 217. Namun begitu masih ada beberapa kekurangan dimana masih ramai guru-guru dan ibubapa yang keliru dengan tarikh sebenar cuti sekolah.

Beberapa faktor penyebab kekeliruan tarikh cuti perayaan untuk cuti sekolah sesi 2017 ialah biasanya disebabkan :

  • Tarikh cuti sekolah berbeza mengikut negeri iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
  • Tarikh cuti am yang jatuh pada hari sabtu dan ahad yang mana memang hari tersebut ialah hari cuti bagi negara Malaysia.
  • Terdapat khabar angin yang biasanya menyatakan cuti sekolah ditambah dan sebagainya.
  • Perbezaan cuti bagi cuti perayaan dimana ada negeri yang tidak cuti pada sesuatu perayaan.

Baiklah, bagi memudahkan semua ibubapa dan guru-guru maka admin SGO terpanggil untuk menyusun secara lengkap dan mudah difahami berserta dengan sokongan daripada surat pekeliling kementerian. Oleh itu, diharap tiada lagi masalah dihadapi dalam menentukan tarikh cuti perayaan 2017 terutama bagi cuti sekolah tahun baru cina, hari raya aidilfitri, hari deepavali dan lain-lain lagi.

Kalender Cuti Sekolah 2017

Download pdf. :

Selain itu, disini juga pihak SGO menyediakan dalam bentuk gambar untuk dilihat secara terus bagi merujuk mengenai Takwim Cuti Sekolah Bagi Cuti Perayaan 2017. Semoga bermanfaat.

Takwim Cuti Perayaan 2017 Rasmi Disusun Terbaik & Surat Pekeliling Lengkap bagi Cuti Sekolah 2017
Takwim Cuti Perayaan 2017 Rasmi Disusun Terbaik & Surat Pekeliling Lengkap Kalender Cuti Sekolah 2017

Sila kongsikan dalam group sekolah anda. Jangan lupa sertai group telegram kami di https://telegram.me/sistemguruonline

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.