STRESS!!! “Cikgu Kerja Lebih Masa Pun, Gaji Tetap Sama”

Assalamualaikum w.b.t

Kita sebagai seorang guru yang kerja makan gaji dengan kerajaan mesti akur dengan segala yang telah ditetapkan dalam sektor pekerjaan. Cikgu jangan terlalu berharap penghargaan daripada pihak atasan atas kerja yang telah kita lakukan.

Contohnya di sini, cikgu buat kerja sampai malam sekalipun jangan harap kita akan dapat penghargaan daripada orang atasan dan orang sekeliling. Mereka tidak pernah nampak apa yang kita buat. Tapi, kalau kita buat silap atau tidak hadir kerja sekali dua atau beberapa kali walaupun ada sebab, orang akan cepat pandang serong terhadap kita. Cikgu tidak akan tergolong dalam pekerja yang baik walaupun kita rajin. Kesalahan yang sedikit dilihat tetapi kebaikan yang banyak tidak dilihat. Ini adalah lumrah dalam bekerja makan gaji.

stress1
Guru stress dengan pelbagai kerja

Cikgu diluar sana perlu sedar berada di sektor kerajaan ini rajin menggunung sekalipun gaji kita tetap sama. Kuat bekerja sekalipun belum tentu kita akan dipilih mendapat anugerah pekerja cemerlang. Sebabnya, campur tangan politik, birokrasi dalaman, kabel-kabel, serta benda paling biasa sekali dalam line pekerjaan tak kira dimana-mana tempat di negara ini adalah mulut busuk orang atau nama lain orang yang suka sangat “jaga tepi kain kita”. Kalau kita rajin pun ada orang mengata, disampaikan benda-benda tak elok tentang kita pada pihak atasan.

stressssss
Time cuti pun guru bekerja…

Satu situasi yang paling kita nampak ialah bila kita datang lambat sikit walaupun 3 minit sahaja, orang atasan dah marah-marah. Tapi bila kita balik lambat sampai ke petang dan ada hingga ke malam tidak pula ada orang persoalkan. Malah tidak pula mereka hargai. Jadi buat ap nak kerja lebih masa??? lebih baik kita balik on-time.

Berbeza dengan kerja swasta. Sesetengah syarikat akan memberi bonus yang lumayan mengikut prestasi kerja. Contohnya, penjual penapis air. Kalau dia rajin, gaji akan bertambah. Jika dia malas gaji akan berkurang. Jadi memang patutlah dia kerja sampai malam pun sebab gaji mereka bergantung kepada usaha mereka. Cikgu???? memang tidaklah.

Admin bukan mahu cikgu diluar sana menjadi malas atau tidak membuat kerja tetapi admin mahu pihak atasan yang membaca atau ibu bapa diluar sana yang membaca artikel ini sedar. Kerja lebih yang kita lakukan seperti kelas tambahan malam, kelas tambahan petang untuk ajar anak mereka tidak di bayar lebih langsung oleh kerajaan. Ini adalah usaha murni cikgu sendiri. Jadi orang atasan atau ibu bapa diluar sana jangan terlalu menghina guru-guru dan jangan terlalu mendera guru dengan tugas-tugas yang tidak masuk akal.

Jadi di sini, yang diluar sana jangan fikir guru selalu balik awal dan ada cuti panjang tidak membuat kerja lebih. Kadang-kadang kerja kami sampai malam. Orang diluar sana tidak akan nampak yang tersurat tetapi hanya nampak yang tersirat sahaja. Bekerja menggunakan otak lagi penat daripada bekerja menggunakan keringat. Jadi, hormatilah kerjaya guru dan bukan hanya mencari keburukan guru tanpa memandang sedikit pun kebaikan yang dibuat oleh guru.

stress4
Banyak kerja sehingga bersama keluarga pun kurang

SGO mengucapkan terima kasih kerana terus menyokong kami. Diharapkan guru sentiasa cemerlang dikalangan guru yang cemerlang.