Assalamualaikum w.b.,t
Sekarang di sekolah sedang hangat dibicarakan mengenai soalan KBAT perlu didideahkan kepada murid. Peliknya disini, kita mahukan murid kita mampu berfikir dengan pemikiran aras tinggi tetapi jawapan yang murid berikan harus memenuhi kehendak skema jawapan yang telah ditetapkan.
Kita berikan soalan KBAT, Kita diminta untuk mengajar dengan menerapkan unsur-unsur KBAT di dalam kelas, TETAPI JAWAPAN HARUS MENGIKUT SKEMA YANG DITETAPKAN.
Andaikata jawapan itu betul tetapi langkah penyelesaian lain daripada yang lain, markah penuh tidak akan diberikan. Kenapa???
Dan itulah sebabnya ramai yang selesa dengan seminar teknik menjawab soalan . Nak Menjawab soalan KBAT pun perlu ada teknik menjawab ke??
Ada mana-mana guru cemerlang, guru yang menanda kertas UPSR, PT3 atau SPM yang boleh memberikan pencerahan ??
Sebagai contoh, bagi subjek Matematik keindahan Matematik ini terletaknya pada kepelbagaian cara untuk mendapat jawapan. Malangnya ramai yang melihat Matematik ini dalam skop yang sempit dan terikat sepenuhnya kepada skema pemarkahan. Harus diingatkan, skema pemarkahan hanya merupakan guideline sahaja bukan seharusnya 100% mengikuti skema.
![]() |
Murid Bebas Berfikir dan menjalankan aktiviti. Guru hanya pemudahcara. |
Sebagai pendidik kita perlu terbuka menerima pelbagai kaedah jawapan yang logik serta rasional. Jangan wujudkan tunnel version dan beranggapan bahawa hanya ada penyelesaian tertentu sahaja untuk menjawab soalan. Ini semua akan bantutkan pe,mikiran kritis dan kreatif  murid. tAK RASA PELIK KE…. SOALAN KBAT TETAPI HANYA PENYELESAIAN TERTENTU DITERIMA???
Kita nak lahirkan murid yang mampu berfikir tetapi kita sekat pemikiran itu dengan skema pemarkahan yang tidak flexible.
![]() |
Guru sebagai mentor |
Namun apa daya guru untuk menentang sylabus yang telah ditetapkan oleh KPM. Guru juga terikat dan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Dimanakah kebebasan guru??? Bagaimana kelas abad ke 21 dapat diwujudkan???
Suarakan pandangan anda diruangan comment….
Terima kasih dan terus menyokong SGO.