Selalunya bila hari terima gaji, kita jarang buat simpanan sebahagian dari gaji tu kan? Masuk saja gaji, terus nak langsaikan hutang ataupun bayaran bayaran lain untuk dilangsaikan. Niat mahu menyimpan sudah ada, namun selalu terganggu disebabkan pengurusan kewangan yang tidak dirancang. Kadang-kadang bila sudah mula menyimpan, nanti kena keluarkan juga sebab perbelanjaan sendiri.
Jadi macam mana nak buat simpanan lebih terjamin dan konsisten? Mungkin ramai yang ridak tahu, Maybank ada sediakan kemudahan ini terhadap pelanggannya terutama pengguna Maybank2u. Kita sebenarnya boleh buat simpanan wang secara potongan tetap bulanan secara online. (Terhad kepada Personal Saver Account atau Personal Saver Account Islamic sahaja… bukannya Savings/Current account. Kalau nak tukar ke jenis Personal Saver, login M2U, klik Maybank One Solution, klik Account Conversion)
Menarik kan? Inilah yang dipanggil ‘kutu’ dengan sdiri sendiri.
Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lump sum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?
Sebagai contoh :
Simpan  :RM100 sebulan
Tempoh  : 12 bulan
Tujuan   : Bayar Road tax + insurans kereta bagi Aug tahun 2018.
Permulaan : Simpanan paksa ataupun tetap dari Aug 2017.
Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 haribulan. InshaAllah pada 2 Aug 2018 nanti, RM1200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.
Langkah langkah untuk membuat simpanan tetap.
1. Login akaun Maybank anda seperti biasa
2. Klik pada Accounts & Banking
3. Klik Personal Saver Account
4. Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan
5. Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
6. Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
7. Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan
Contoh:
Disember 2015: RM150/bulan (12 bulan)
Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800
Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.
Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.
Semoga tips ini dapat membantu anda menyimpan.
Kredit: Norlaila Ahmad