Sampul Kad Anti Gelombang Elak Maklumat Kad Bank Pay Wave dari di Curi? Benarkah Kad Pay Wave Bahaya?

Sampul Kad Anti Gelombang Elak Maklumat Kad Bank Pay Wave dari di Curi Benarkah Kad Pay Wave Bahaya
Sampul Kad Anti Gelombang Elak Maklumat Kad Bank Pay Wave dari di Curi Benarkah Kad Pay Wave Bahaya

Sebelum Admin berkongsi tentang isu ini, berikut admin dahulukan dengan penerangan dari pihak Maybank mengenai Kad PayWave ini. Jadi, baca dengan teleti dan fahami penggunaan kad PayWave ini.

Soal Jawab Kad PayWave dari Maybank.

 

Apakah PIN?

PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) ialah kod rahsia -digit yang diberikan kepada pemegang kad atau dipilih oleh pemegang kad untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemilik sah kad pembayaran tersebut.

Mengapakah bank menukar dari tandatangan kepada PIN?

Ini adalah langkah keselamatan untuk seluruh industri yang akan berkuat kuasa mulai Januari . PIN adalah lebih selamat kerana ia boleh mengelakkan penipuan atas kehilangan atau kecurian kad. Penggunaan PIN dapat memastikan lapisan keselamatan tambahan untuk pengesahan serta perlindungan ke atas pelanggan terjamin.

 

Selain daripada menukar kad, bolehkah saya memilih untuk menggunakan kad yang sedia ada dengan PIN?

Kad yang sedia ada tidak memenuhi keperluan teknikal untuk menyokong PIN. Oleh itu, kami mengeluarkan Kad baharu untuk anda.

 

Dengan kad baharu, adakah perubahan ke atas nombor kad sedia ada saya?

Untuk Kad Kredit, nombor kad anda tidak akan berubah. Untuk Kad Debit, anda akan menerima nombor kad yang baharu.

Bagaimana dan bilakah saya boleh menukar kad saya?

Untuk Kad Kredit, anda akan menerima kad baharu seperti urusan penghantaran semasa anda.
Untuk Kad Debit, anda perlu menggantikan kad dengan segera dan kita mempunyai pilihan-pilihan berikut :
. Kami akan menghantar Kad ke alamat pilihan anda (sila mohon melalui Maybank u mulai bulan Jun ) ATAU;
. Dimana-mana cawangan Maybank (sila bawa bersama Kad Debit sedia ada dan Kad Pengenalan anda).

Adakah dikenakan atas pertukaran kad?

Tidak, kad akan dikeluarkan secara percuma.

Adakah Ahli Kad tambahan saya juga memerlukan PIN untuk transaksi mereka?

Ya, Ahli Kad tambahan anda juga perlu menggunakan PIN untuk transaksi mereka.

Adakah saya perlu menggunakan PIN untuk semua transaksi saya?

Ya, anda mesti menggunakan PIN pada terminal pembayaran berkuat
kuasa bulan Januari .

Adakah saya perlu menggunakan PIN untuk pembayaran melalui telefon atau atas talian?

Tidak, anda tidak akan diminta untuk memasukkan PIN untuk pembayaran atas talian atau telefon dan anda tidak perlu mendedahkannya apabila menggunakan saluran-saluran pembayaran ini.

Bagaimana pula pembayaran tanpa sentuh dengan Visa payWave dan MasterCard® contactless?

Untuk pembayaran tanpa sentuh, anda akan diminta untuk memasukkan PIN untuk transaksi melebihi RM . Untuk transaksi di bawah RM . , PIN atau tandatangan tidak diperlukan.

Bolehkah saya membuat pembelian tanpa disedari jika saya berjalan lalu pembaca tanpa sentuh?

Untuk kad tanpa sentuh berfungsi, ia mestilah berhampiran dengan pembaca kad tanpa sentuh (dalam jarak cm antara kad dan pembaca). Di samping itu, juruwang akan diperlukan untuk membolehkan pembaca kad memulakan transaksi di terminal untuk urus niaga tersebut.

Bolehkah penipu yang mencuri kad saya dan menggunakannya sehingga akaun bank saya
dikosongkan?

Terdapat ciri-ciri perlindungan yang dapat mengurangkan penggunaan kad tanpa sentuh yang hilang atau dicuri oleh penipu. Had transaksi tanpa sentuh minimum yang serendah RM , memudahkan
transaksi yang melebihi had minimum tidak dibenarkan tanpa pengesahan dari pemegang Kad PIN atau tandatangan yang sah.

Perlukah saya menggunakan PIN untuk transaksi di luar negara?

Tidak semua terminal di luar negara menyokong PIN. Sekiranya terminal di luar negara tidak menyokong PIN, tandatangan anda masih diperlukan untuk meluluskan transaksi.

Bagaimana saya tahu bila PIN diperlukan?

Terminal pembayaran kad akan menentukan sama ada PIN diperlukan dan sekiranya perlu, ia akan meminta anda untuk memasukkan PIN anda.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa PIN saya?

Sila hubungi kami di nombor Khidmat Pelanggan yang tertera di belakang kad anda untuk bantuan.

Bolehkah saya menukar PIN saya?

Ya, anda boleh menukar PIN anda melalui Maybank u atau dimana-mana ATM yang berhampiran anda (untuk Kad Debit sahaja). Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi nombor Khidmat
Pelanggan yang tertera di belakang kad anda.

Bolehkah saya terus menggunakan kad tandatangan selepas menerima kad PIN saya?

Kad tandatangan anda akan luput selepas anda mengakti an kad PIN baharu anda.

Adakah PIN yang saya gunakan untuk membuat pembelian sama dengan PIN yang digunakan untuk pengeluaran wang di ATM?

Untuk Kad Kredit, ya, PIN yang sama akan digunakan dengan syaratanda mengakti an kemudahan pengeluaran tunai. Untuk Kad Debit, ya, anda akan mempunyai PIN yang sama untuk
pengeluaran tunai serta pembelian.

Apakah akan berlaku jika saya memasukkan PIN yang salah?

Bagi tujuan keselamatan, PIN anda akan disekat selepas tiga percubaan yang salah. Kemudian, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan PIN baharu.

Bagaimanakah saya menggantikan kad jika saya menetap di luar negara?

Untuk Kad Kredit, kami akan menghantar kad PIN baharu ke alamat berdaftar luar negara anda. Untuk Kad Debit, sila gunakan Maybank u untuk memohon pertukaran kad. Kad PIN baharu akan dihantar ke alamat berdaftar anda. penerimaan bayaran. Jika pembaca kad tidak memproses transaksi, ia tidak akan membaca apa-apa kad tanpa sentuh yang dibentangkan dengan tidak sengaja.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak sengaja melambai kad saya dua kali pada pembaca tanpa sentuh?

Terminal tanpa sentuh hanya boleh memproses satu transaksi pada satu masa. Walaupun kad tanpa sentuh dengan tidak sengaja dilambaikan lebih daripada sekali, anda hanya akan dicaj sekali sahaja
untuk urus niaga tersebut.

Apakah yang akan berlaku jika saya mempunyai lebih dari satu kad tanpa sentuh dalam dompet dan saya lambaikan dompet saya pada pembaca tanpa sentuh?

Kemungkinan pembaca tanpa sentuh boleh mengesan lebih dari satu kad. Walau bagaimanapun, urus niaga itu tidak akan lengkap. Anda akan perlu melakukan transaksi lagi. Sila pastikan anda mengeluarkan kad dari dompet anda dan sentuh pada pembaca.

Apakah yang akan berlaku jika penipu membaca kad saya dengan meletakkan pembaca tanpa sentuh berhampiran dengan dompet saya?

Sekiranya berlaku dimana butir-butir keselamatan kad tanpa sentuh dibaca oleh penipu melalui pembaca tanpa sentuh yang berhampiran dengan poket atau dompet anda, terdapat ciri-ciri perlindungan yang akan mengelakkan penggunaan butiran keselamatan kad tanpa kebenaran dari kad yang dipintas. Setiap transaksi tanpa sentuh terdapat satu kod unik yang berubah dengan setiap pembelian, di mana ia hanya boleh digunakan sekali sahaja dan dijana oleh cip dalam kad tanpa sentuh yang asal serta untuk menghalang kad palsu dihasilkan dari butiran keselamatan kad yang dipintas.

Sekiranya berlaku penipuan, anda tidak akan bertanggungjawab ke atas penggunaan ciri-ciri tanpa sentuh pada kad cip anda untuk caj penipuan atau pembelian yang tidak dibenarkan. Anda mesti
memaklumkan kami dengan segera atau secepat yang mungkin bagi mengelakkan penggunaan kad yang tidak dibenarkan atau aktiviti yang mencurigakan.

Saya kini mempunyai Kad Gambar Maybank. Adakah saya akan mendapat Kad Gambar yang sama sebagai penggantian?

Tidak. Anda akan diberikan Kad Debit generik dan jika anda mahu Kad Gambar, anda perlu membuat permohonan semula dengan bayaran sebanyak RM . .

Bagaimana boleh saya memastikan PIN saya selamat?

Ia adalah penting bagi anda untuk merahsiakan PIN anda supaya kad anda dilindungi daripada penipuan akibat kehilangan dan kecurian kad. Pastikan PIN anda tidak mudah diteka dengan mengelakkan penggunaan nombor yang boleh dikaitkan dengan anda seperti tarikh peribadi yang penting (contohnya, tarikh hari lahir atau hari ulang tahun anda), nombor telefon atau nombor lesen pemandu. Antara langkah-langkah lain bagi memastikan keselamatan PIN anda termasuk:
• Tidak menyimpan rekod bertulis tentang PIN anda;
• Tidak membenarkan orang lain melihat PIN anda semasa anda memasukkannya atau semasa ia dipaparkan;
• Tidak menyimpan PIN anda dalam bentuk yang mudah dikenal pasti sebagai PIN;
• Tidak mendedahkan PIN anda kepada sesiapa pun (termasuk pihak berkuasa, ahli keluarga atau pasangan);
• Tidak mendedahkan PIN anda akibat kecuaian atau kelalaian;
• Memaklumkan pengeluar kad dengan segera jika anda menyedari bahawa PIN anda telah diketahui oleh orang lain; dan
• Pastikan ahli kad tambahan yang boleh mengakses kad PIN anda untuk memastikan PIN selamat seperti yang dinyatakan di atas.

 

Jadi, adakah Kad Bank PayWave ini Selamat?

 

Jadi bagi anda yang mempunyai kad berasaskan PayWave, proses untuk memperoleh maklumat kad ini sebenarnya memerlukan jarak yang begitu dekat sebelum ia berjaya dipintas. Sekiranya ia berjaya dipintas, maklumat yang diperolehi juga masih belum mampu untuk menjayakan sesuatu transaksi dan memerlukan penggodam untuk meneka nombor CVV dengan tekaan sehingga 999 kali. Pastinya dalam tekaan tersebut, pihak bank akan menyahaktifkan kad tersebut kerana ada cubaan untuk meneka nombor ini secara berkali-kali.
Seperkara lagi, dengan sistem pembayaran 3-D Secure yang diimplementasikan pada pembayaran online, ia juga menyukarkan penggodam kerana memerlukan penggodam mendapatkan telefon pengguna secara fizikal untuk melihat kod yang dihantar, sebelum mampu untuk meneruskan pembayaran.
Walau bagaimanapun, segala kemungkinan masih perlu dititikberatkan pengguna daripada apa jua jenis ancaman godaman. Beberapa perkongsian yang disampaikan di atas semoga dapat memberikan manfaat untuk kita agar keselamatan maklumat kad tidak digadai dan tumpas ke tangan orang asing. – amanz.my

 

Saya Masih Takut dan Tidak Yakin. Jadi, Apa Langkah Keselamatan untuk Mengatasai Masalah Kad Bank PayWave ini?

 

Macam mana pun, masih ada cara nak mengatasi jenayah siber ni. Contohnya
i.                    Balut kad dengan kertas aluminium
ii.                   Beli sarung anti-gelombang
iii.                 Tetapkan kod PIN untuk sebarang transaksi.

sumber :  http://www.maybank2u.com.my/WebBank/pinPay-FAQ.pdf
:  https://amanz.my