Permohonan UPU bagi lepasan SPM/ STPM 2016 dibuka
6 Feb – 31 Mac 2017
Assalamualaikum semua para guru. Mesti hari tu ada adik beradik atau saudara saudara yang melalui peperiksaan SPM atau STPM tahun 2016 kan?
Ok kali ni, SGO nak buat perkongsian yang mana dipetik dari Utusan Malaysia berkenaan permohonan UPU akan dibuka 6 Feb ini!!
Ya memang agak awal tapi tahu kan, yang kita kena ada no. pin dari BSN sebelum buat permohonan kan?
Admin SGO rasanya eloklah sekiranya para guru umumkan pada pelajar untuk dapatkan no pin BSN sekarang. Supaya mulai 6 Februari tidak ada masalah untuk melakukan pendaftaran. Harganya RM 15.64 termasuk GST.
Selain itu, admin SGO juga merasakan persediaan pelajar pelajar untuk sediakan dokumen dokumen yang berkaitan untuk permohonan dapat dilakukan lebih awal iaitu sekarang. Dokumen ini termasuk salinan IC depan belakang dan mungkin sijil sijil kokurikulum yang berkaitan.
Baiklah, bagi panduan secara ringkas permohonan UPU online boleh telitikan infografik di bawah ini iaitu yang sama disediakan oleh portal rasmi bahagian pendidikan tinggi. Admin SGO ingin kreditkan infografik ini kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pengeluarannya bagi sesi 2015/2016 lepas dan ia telah diambil dan diedit untuk sesuaikan dengan edisi tahun ini.
Â
Segera Permohonan UPU Secara Talian Online
Pautan untuk permohonan UPU secara online boleh ditelitikan mengikut pautan di bawah. Pastikan anda layari ia bermula 6 Februari 2017 nanti. Bagi permohonan UPU pelajar pelajar SPM/STPM tahun 2016 mempunyai pilihan permohonan sama ada ke Universiti Awam, Institut Latihan Kemahiran, Politeknik, atau pun Kolej Komuniti. Selain dari Kategori permohonan, perlu juga tumpukan perhatian pada faktor faktor sampingan seperti berikut sebelum meneruskan permohonan. i. Tarik permohonan iaitu 6 Feb 2017 hingga 31 Mac 2017 ii. Kesediaan pemilikan no pin di BSN iii. Kategori Permohonan mengikuti sijil yang diperolehi iv. Laman web yang tepat untuk permohonan. v. Permohonan yang bersesuai dengan keputusan yang diperoleh. Ataupun kelebihan dan   minat pelajar tertentu. |
---|
Selain itu jom lihat video pesanan ringkas dari KPM mengenai syarat syarat permohonan UPU online di bawah
Sekian saja perkongsian dari SGO kali ini. Jom kongsikan posting ini untuk memanfaatkan adik adik kita dan saudara saudara kita di luar sana,
.
Terima kasih dan teruskan menyokong SGO.