Assalamualaikum semua. Posting kali ini Sistem Guru Online berniat untuk berkongsikan Perancangan Strategik Linus Bagi tahun 2017 hingga 2019.
Untuk permulaan, akronim LINUS itu adalah LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening) ataupun Saringan. Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini merupakan penambahbaikan program yang sedia ada sebelum ini iaiitu KIA2M. Sekiranya kita masih ingat, program ini bertujuan untuk murid murid Tahun 1 menguasai asas asas membaca, menulis, dan mengira sehingga mereka mencapai Tahun 3 menjelang tahun 2011.
NKRA iaitu National Key Result Areas dari KPM telah menyasarkan bahawa setiap pelajar berupaya menguasai asas literasi dan numerasi selepas melalui tiga tahun pendidikan rendah , Ini bermaksud pada tahun 4, setiap pelajar sudah boleh menguasai membaca dan mengira dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan untuk melaraskan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi ataupun masalah mampu membaca menulis dan mengira di kalangan pelajar tahun 1 hingga tahun 3.
Dalam sekolah, jawatankuasa LINUS akan mempunyai ahli jawatankuasa yang tersendiri yang terdiri daripada guru guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Setiap subjek ini akan mempunyai guru penyelaras yang tersendiri.
Bagi memastikan murid akan mencapai target NKRA iaitu pada KPI (Key Performance Index) 100%, satu perancangan strategik telah dilaksanankan bagi membolehkan mereka mencapai KPI ini iaiti pendedahan LINUS seawal pada tahun 1.
Perancangan ini boleh didapatkan pada pautan di bawah.
Perancangan Strategik LINUS 2017 – 2019
STRATEGI PELAKSANAAN LINUS DI SEKOLAH
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan utuk setiap tahun persekolahan iaitu:
- Saringan 1 (Mac)
- Saringan 2 (Jun)
- Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.
DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
- Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
- Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
- Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
- Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
- Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
- Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
- Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
- Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
- Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
- Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
- Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
- Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
- Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
- Konstruk 2 : Keupayaan membilang
- Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
- Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
- Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
- Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
- Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
- Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
- Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
- Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
- Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
- Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Semoga perkongsian dari SGO kali ini memberi manfaat kepada semua guru dan sila kongsikan kepada mana mana guru yang mengendalikan program LINUS di sekolah masing masing.
Teruskan menyokong kami di SGO dan terima kasih.
Kredit :
http://portallinus.ppdkualakangsar.edu.my/