“Pendidikan Agama Perlu Ditingkatkan, Bukan Pendidikan Seks Diperkenalkan”

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Assalamualaikum w.b.t

Admin tertarik dengan satu berita di Berita Harian yang mencadangkan sesuatu yang pasti ramai ibu bapa di sana tidak setuju.

Cadangan puteri UMNO supaya Pendidikan seksual di ajar sejak tabika lagi. Berikut adalah kandungan berita :

KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mencadangkan Kementerian Pendidikan supaya memperkenalkan pelajaran seksual kepada murid seawal di peringkat prasekolah dan tadika. 
Wakilnya, Norrulhuda Marsidin, berkata ia berikutan kes membabitkan pedofilia dan ‘grooming sex’ atau asuhan seks ketika ini semakin membimbangkan. 
Beliau berkata, statistik menunjukkan hampir 80 peratus kes rogol yang dilaporkan di Malaysia membabitkan kenalan internet dengan majoriti mangsa adalah di bawah usia 18 tahun. 
Katanya, masalah itu jelas bukan saja menyumbang kepada gejala sosial seperti rogol tetapi masalah lain seperti kes lari dari rumah, pembuangan bayi dan peningkatan kelahiran anak luar nikah. 
“Kita juga sering berasakan mangsa seksual pedofilia dan asuhan seks ini akan berasa trauma atau menderita sedangkan ada mangsa yang tidak menyedari mereka adalah mangsa. 
“Mangsa merasakan perbuatan yang dilakukan itu tidak salah selain menyeronokkan. Akibatnya akan ada kitaran pedofilia, ketagihan seks dan kesan jangka panjang yang terjadi dalam senyap.
 “Sehubungan itu, Puteri menggesa Kementerian Pendidikan supaya segera mengkaji dan melaksanakan pendidikan seksual seawal prasekolah dan tadika bagi mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa,” katanya. 
Beliau berkata demikian membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini. 
Norrulhuda berkata, kurikulum pembelajaran pendidikan seks juga perlu disesuaikan mengikut perkembangan awal kanak-kanak hingga remaja serta trend teknologi semasa. 
“Ketika ini, pendidikan seks tidak diajar secara serius dan perlu dikaji semula supaya memberi kesedaran kepada pelajar dan generasi akan datang supaya berwaspada dengan perkara yang terjadi kepada diri mereka sendiri,” katanya.



Pendidikan seks diusia muda ini tidak sesuai untuk didedahkan. Hal ini kerana akan merosakkan pemikiran murid yang masih bersih. Seharusnya di tabika perlu melebihkan pembelajaran agama. Banyakkan slot-slot agama dan mendedahkan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Nama mata pelajaran ” pendidikan seks” itu sangat tidak sesuai dengan murid. Murid mungkin akan lebih tertarik untuk mencuba daripada mengelak.

Sekiranya Pendidikan agama ditingkatkan dari tabika lagi pasti perkara seperti ini tidak akan berlaku. Setiap sekolah tabika ditempatkan ustaz atau ustazah daripada tabika  lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh dari rebungnya”. Bukan mengajar pendidikan seks.

Di sini kerajaan juga perlu berperanan. Seharusnya, mengurangkan tempat-tempat sosial yang tumbuh bagai cendawan di luar sana. Jangan terlalu tekankan di bidang pendidikan. Sekiranya mereka telah didedahkan dengan pendidikan seks tetapi cabaran diluar sana sangat tinggi, hal ini seperti “mencurah air di daun keladi”. Tiada ada apa-apa makna.

Selain itu, kerajaan perlu menyekat drama-drama yang mengandungi unsur-unsur lucah. Walaupun tidak secara terang-terangan tetapi itu telah menggangu minda murid-murid yang menonton. Mereka mempunyai perasaan ingin mencuba. Kita sedia maklum bahawa murid-murid sangat suka menonton drama-drama di tv. Admin lihat drama di tv sekarang tidak di tapis sepenuhnya. Bukan muhrim berpelukan sesuka hati, berpakaian menjolok mata dan sebagainya. Perkara ini akan cepat tersebar dan sangat cepat mempengaruhi murid. Seharusnya media sentiasa menyiarkan iklan yang bermoral.

Pendidikan seks di awal usia muda ini seharusnya di ajar di rumah oleh ibu bapa secara tidak langsung. Ibu bapa yang harusnya menekankan apa yang boleh di buat dan apa yang tidak boleh di buat. Bukan mengharapkan di sekolah sahaja. Pembentukan sahsiah anak adalah daripada ibu bapa bukan daripada guru. Guru hanya membantu mana yang dapat.

Oleh yang demikian, Pendidikan seks tidak perlu diperkenalkan tetapi Pendidikan Agama perlu ditingkatkan. Admin berharap pembaca bersetuju.