Di dalam laman sosial fb dan waaps, ramai guru cepat melatah apabila diumumkan gaji permulaan guru baharu master dan phd lebih baik. Mereka menyoalkan guru lama yang mempunyai master dan phd kenapa tidak ada kenaikan???
Di sini cikgu-cikgu kena faham perkataan ‘gaji permulaan’. Gaji permulaan guru-guru berbeza mengikut peredaran masa. Namun demikian kerajaan tidak kejam kerana guru lama master dan phd yang tidak melepasi gaji permulaan guru baharu ini akan diselaraskan. Guru lama yang sudah melepasi gaji permulaan ini tidak akan mengalami perubahan.
Dapatkan Pekeliling Perkhidmatan
Melalui pekeliling ini, guru siswazah dan bukan siswazah akan digabungkan dibawah satu skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sahaja. Tiada lagi skim yang bermula dengan DGA, hanya DG sahaja. Dan untuk membezakan pegawai yang bermula daripada diploma, kenaikan ke skim 40+ akan beralih kepada DG42 instead of DG41 sebelum ini. So, guru yang berasal dari DG29 akan ke gred DG42 selepas ini. Pekeliling ini juga menggariskan penambahbaikan berkaitan gaji permulaan ke gred baharu bagi guru yang mempunyai Master atau PHD. Untuk lebih faham guru-guru diminta untuk membaca sengan teliti pekeliling ini.Download Pekeliling Perkhidmatan |
---|
Diharap dengan pecerahan ini guru-guru lebih faham. SGO akan sentiasa peka dengan masalah guru diluar sana.
Terima kasih kerana meyokong kami.