‘Paywave’ sudah jadi ‘pickwave’.

‘Paywave’ sudah jadi ‘pickwave’.
 
Assalamualaikum semua. Buat ape tu?
Posting ni nak cerita pasal cara mencuri zaman moden ataupun
istilahnya ‘Jenayah Siber’. Hari ni sambil belek-belek paper, wah keluar gambo
macam kat bawah ni.
 
Kalau dulu selagi duit atau kad bank kita pegang dalam
dompet elok je kan kita boleh jaga duit. Sekarang ni Nampak gaya buat macam tu
pun boleh lagi orang tiau duit kita tu.
Baru-baru ni kita semua tahu kena tukarkan kad ATM kita
kepada kad debit ‘paywave’ hampir di semua bank. Admin sendiri menunggu 4 jam
giliran sebab kena tukar kan.
Memang tak dinafikan, ada pro dan kontra setiap
perkara tu. Sudah pastilah pro yang paling jelas kita tak perlu bawa duit
banyak banyak lagi setiap masa. Sebab kad kita tadi dah boleh jadi medium
pertukaran wang tambah lagi duit baki pun tak perlu pegang dah bila beli belah
kat kedai tu.
Untuk faktor ni, admin SGO sendiri rasa gembira. Tapi, lepas
tahu pasal kemungkinan jenayah macam ni, memang risau pulak rasa.
Yelah, zaman sekarang ni generasi muda mudi semua celik IT. Celik IT guna untuk benda baik memang bagus masalahnya yang berniat jahat tu pun ramai. Berapa ramai yang pandai godam mana mana laman web kan. Bukan setakat tu,
Instagram atau Facebook profile pun senang senang saja geng geng ni masuk
godam.
Ok, jom kita tengok macam mana potensi paywave kita tu jadi
pickwave.
Pickwave tu sempena ‘pickpocket through wave’. Penyeluk saku melalui
gelombang.
Pencuri digital boleh buat transaksi RM 250 – RM 1,500 hanya
melalui
i)
1 meter dari kad bank mangsa menggunakan telefon
ii)
5 meter dari kad bank mangsa menggunakan alat
radiowave
Kalau kena masa kita nak beli barang barang sekolah dengan
banyak barang lagi kita kumpul. Dah tentu tak sempat nak berjaga-jaga ni. Kena
masa tu jugak pencuri ni aktifkan cara ni senang senang saja hilang gaji kita
kan. Mana taknya, kalau RM 1,500 tu dah berapa percent dari gaji kita dah. Boleh bayar macam macam kot Rm 1,500 tu.
Macam mana pun, masih ada cara nak mengatasi jenayah siber
ni. Contohnya
i.
Balut kad dengan kertas aluminium
ii.
Beli sarung anti-gelombang
iii.
Tetapkan kod PIN untuk sebarang transaksi.
Ok, admin SGO harapkan perkongsian ni dapat mencegah kalangan
guru dari siber jenayah. Terutama bahagian cara mengatasi ni. Tak apalah kalau
korbankan RM10 untuk beli casing bagi jaga RM 1,500 tu kan. Boleh kongsikan untuk kebaikan semua
orang.
Teruskan menyokong SGO.