Panduan Ringkas Penyucian Dividen Wang KWSP

Panduan Ringkas Penyucian Dividen Wang KWSP
Assalamualaikum semua.
Posting ini sekadar rumusan bagi menyucikan
harta
kita sekiranya kita mempunyai wang KWSP. Kami tahu kebanyakan guru tidak
menggunakan KWSP namun dalam ahli keluarga kita ramai yang gunakannya kan?
Mungkin bapa kita, saudara kita atau sesiapan sahaja. Jadi marilah kita
menyucikan harta kita dari punca yang syubhah atau haram agar rezeki sekeluarga
kita terpelihara dan penuh barokah.
Sebenarnya posting ini hanyalah perkongsian dari website
lain tapi SGO buat kan versi rumusan supaya mudah dan ringkas.
Petikan kandungan asal ialah dari perkongsian Ustaz Zaharuddin
dalam videonya di Youtube dan beberapa penterjemahan blogger lain dalam blog
masing masing.
 
Panduan ini hanya untuk pengeluaran KWSP selepas pencen
sahaja.
 
  1. Duit KSWP bercampur halal,
    syubhah dan yang haram.
halal       – duit caruman kita dan majikan
    –    pelaburan
KWSP yang halal
haram    – pelaburan KWSP yang tidak patuh syariah.
  1. Cara  menyucikan duit KWSP
Kaedah Pengiraan
 
65% dari jumlah keseluruhan –
Halal
35% bercampur halal dan haram.
Masih ada dana yang halal dalam
35%  -boleh diambil.
Ada dua kaedah pengasingan duit
syubhah dan haram dari dana KWSP seseorang individu:
Kaedah pertama:  70% dari baki 35% tersebut ialah dari
pelaburan tidak patuh syariah. Mesti
dilupus.
* Kaedah pertama adalah hasil
daripada kajian Ust. Zaharudin dan rakan-rakan beliau
Kaedah kedua:  52% dari baki 35% tersebut ialah dari
pelaburan tidak patuh syariah. Mesti
dilupus.
*kaedah kedua diperolehi daripada
seorang tokoh lain yang beliau tidak sebut namanya.
Saya cuma menukilkan sahaja hasil dari perkongsian
beliau.  Dan saya rasa ini maklumat yang
bagus untuk dikongsi.
Penerangan Pengiraan
Katakan peserta A mempunyai dana KWSP sebanyak RM800,000 di
akhir tempoh carumannya.  Dan beliau
ingin mengeluarkan semuanya.
Jadi duit pokok beliau (caruman sendiri + majikan) ialah:
= 65% x RM800,000
= RM520,000
Bermakna jumlah pokok yang halal ialah RM520,000.  Jumlah ini boleh dimanfaatkan.
Manakala baki 35% pula:
= 35% x RM800,000
= RM 280,000
Jumlah RM 280,000 ini perlu disaring terlebih dahulu kerana
jumlah tersebut bercampur-campur antara yang halal dan haram.
Terpulang kepada peserta A samada mahu memilih kaedah
pertama atau kedua.
Jika beliau pilih kaedah pertama, maka 70% dari baki iaitu
berjumlah RM280,000 perlu dilupuskan kerana ia bersumberkan dana tidak patuh
syariah.  Bermakna beliau hanya berhak
terhadap 30% dari jumlah RM 280,000 tersebut.
Jadi, pengiraannya seperti berikut:
= 30% x RM280,000
= RM 84,000.
Maka apabila dijumlahkan semuanya, jumlah yang boleh beliau
ambil untuk diri sendiri ialah:
= RM 520,000 + RM84,000
= RM 604,000
Itulah contoh pengiraannya.
Tuan/puan boleh cuba untuk kaedah kedua pula.
Sebagai kesimpulan, kita mempunyai 3 pilihan sebenarnya:
1)  Ambil 65% untuk
diri kita dan lupuskan 35%.
2)  Ambil 65% untuk
diri kita dan lupuskan 70% dari baki 35%.
(kaedah pertama)
3)  Ambil 65% untuk
diri kita dan lupuskan 52% dari baki 35%.
(kaedah kedua)
Untuk cara pelupusan harta, bolehlah disalurkan melalui beberapa cara iaitu :
Diserahkan kepada:
– Institusi baitulmal,
– pusat zakat
– pihak lain yang memerlukan, contohnya faqir dan miskin.
Pembinaan infrastruktur awam seperti:
– membina tandas orang ramai,
– pagar masjid/sekolah,
– menambahbaik kemudahan awam,
– membina tempat letak kereta,
– membina jambatan
– jalanraya/lebuhraya.
Allahu A`lam.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.  Jika terdapat kesilapan, mohon diberikan
teguran.  Semoga ALLAH mengampunkan
dosa-dosa kita dan menyelamatkan kita dari api neraka, amin. Teruskan menyokong SGO.Terima kasih

Sumber asal : https://muzir.wordpress.com/2014/10/21/kaedah-untuk-menyaring-dana-dari-kwsp/