Panduan Pengeluaran BR1M Tahun 2017 mengikut Jabatan Lembaga HASIL Negara
Assalamualaikum semua. Salam 1 Malaysia.
Tahukan BR1M bagi tahun 2017 sudah boleh disemak untuk pengesahan pengeluaran? Jadi sempena pengeluaran BR1M buat tahun ini, Sistem Guru Online (SGO) ingin berkongsikan segala perincian berkenaan BR1M dari A – Z. Panduan ini telah dirujuk melalui laman BR1M LHDN sebagai rujukan utama dan beberapa laman sesawang dan artikel artikel berita yang berkaitan.
Panduan di sini dikumpulkan secara lengkap supaya segala keperluan dan tindakan yang perlu diambil tidak mempunyai sebarang salah faham dan kekeliruan.
Sebagaimana yang telah kita maklum BR1M 2017 merupakan bantuan inisiatif dari kerajaan persekutuan semenjak tahun 2013 lagi. Bermula dengan pemberian banyak RM 500, kini nilai BR1M meningkat lagi kepada maksimum RM 1,200 mengikut terma dan syarat yang telah dibentangkan. Ianya merujuk kepada pembentangan bajet 2017 hari itu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Baiklah, jom lihat bagaimana cara nak buat pengeluaran, semakan, permohonan baru ataupun kemaskini permohonan BR1M 2017.
Umum : Cara Mengeluarkan Pemberian BR1M |
Sila ikuti langkah langkah seperti berikut :
1. Membuat Pendaftaran Permohonan Baru BR1M bagi tahun 2017
2. Sekiranya sudah membuat Permohonan bagi tahun yang lalu sila kemaskini permohonan bagi 2017.
3. Membuat Semakan Status Permohonan BR1M 2017.
4. Dapatkan pengesahan dan cetak keputusan semakan untuk proses selanjutnya
5. Pembayaran akan dikreditkan kepada akaun anda secara automatik sekiranya maklumat akaun bank telah diisi sewaktu Pendaftaran Permohonan ataupun kemaskini permohonan dibuat.
6. Sekiranya tidak ada maklumat akaun bank, BR1M akan menghantar baucar duit ke alamat rumah anda dan ianya boleh ditebus di Bank BSN ataupun mana mana Bank yang mempunyai pengesahan pengeluaran BR1M dari LHDN.
5. Pembayaran akan dikreditkan kepada akaun anda secara automatik sekiranya maklumat akaun bank telah diisi sewaktu Pendaftaran Permohonan ataupun kemaskini permohonan dibuat.
6. Sekiranya tidak ada maklumat akaun bank, BR1M akan menghantar baucar duit ke alamat rumah anda dan ianya boleh ditebus di Bank BSN ataupun mana mana Bank yang mempunyai pengesahan pengeluaran BR1M dari LHDN.
Jadual Peringkat Bayaran BR1M dan Jumlah Bayaran |
Kategori Seisi Rumah/ E-Kasih | Bantuan BR1M = RM 1200 | ||||||||||||
Pendapatan Seisi Rumah | RM 3,000 atau ke bawah (termasuk warga emas) | ||||||||||||
Jadual Peringkat Pembayaran BR1M secara ansuran |
|
Kategori Seisi Rumah 2 | Bantuan BR1M = RM 900 | ||||||||||||
Pendapatan Seisi Rumah | RM 3,001 hingga Rm 4,000 (termasuk warga emas) | ||||||||||||
Jadual Peringkat Pembayaran BR1M secara ansuran |
|
Kategori Individu Bujang iaitu 21 tahun atau ke atas | Bantuan BR1M = RM 450 | ||||||
Pendapatan Bulanan | RM 2,000 atau ke bawah | ||||||
Jadual Peringkat Pembayaran BR1M secara ansuran |
|
Tarikh yang sebenar bagi penerimaan duit BR1M kepada pemohon akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi pengumuman dari Kementerian Kewangan Malaysia (KKM).
Pengumuman ini boleh dilihat melalui paparan Facebook Rasmi LHDN.
Penerimaan duit BR1M dan Maklumat Berkaitan |
Duit BR1M 2017 Masuk Dalam Akaun Penerima | Pembayaran adalah diterima secara berperingkat-peringkat berdasarkan tarikh yang akan dinyatakan menerusi akaun bank penerima. Akaun bank penerima adalah berdasarkan nombor akaun yang telah diberikan sewaktu maklumat permohonan baru diisi ataupun sewaktu kemaskini permohonan BR1M dilakukan. |
Penerimaan duit BR1M ke dalam akaun simpanan peribadi juga berdasarkan sistem akaun bank penerima. |
Duit BR1M 2017 Dalam Bentuk Baucar | Sebahagian daripada permohonan belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan baru baru ini akan mendapat duit BR1M dalam bentuk baucar. Baucar tersebut akan dipos terus ke alamat pemohon yang disahkan seterusnya ianya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau senarai bank lain yang terlibat dengan pembayaran BR1M. |
Pemberian BR1M dalam bentuk baucar akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar mungkin juga akan lewat untuk mendapat baucar tersebut kerana sistem BR1M akan mengutamakan urusan pengagihan melalui akaun simpanan bank terlebih dahulu sebelum pengagihan baucar. |
Panduan Semakan Permohonan duit BR1M 2017 |
Semakan Permohonan BR1M 2017 | Semakan permohonan boleh dibuat secara online pada pautan di bawah |
Panduan semakan permohonan.
1. Isikan nombor IC ataupun Kad Pengenalan anda tanpa tanda ‘-‘.
2. Klik butang semakan permohonan.
3. Soalan Keselamatan
a. Pemohon mesti menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum
dibenarkan membuat kemas kini.
b. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat
permohonan terkini yang diisi oleh pemohon.
c. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.
d. Jika jawapan yang diberikan masih salah dan 3 kali percubaan bagi setiap 3
soalan yang dijawab telah habis, peringatan berikut akan dipaparkan.
e. Contoh soalan keselamatan.
Penerima dinasihatkan agar melayari Portal Rasmi e-BR!M pada pautan https:ebr1m.hasil.gov.my untuk sebarang maklumat yang terkini keran ianya dimaklumkan pada tab (Makluman)
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak makluman palsu dan sumber yang bertujuan untuk menganiaya bakal penerima br1m. Jadi berhati hati lah dengan sebarang sumber terutama sekiranya segala hubungan lengkap diletakkan maklumat ataupun nombor telefon peribadi. Tarikh ini juga bakal dikemaskini di SGO.
Tarikh Agihan BR1M 2017 adalah tertakluk kepada sebarang perubahan berdasarkan keputusan akhir pihak LHDN.
Permohonan baru BR1M 2017 |
Secara atas talian (online)
Tarikh Permohonan BR1M 2017 | Buka | Tutup |
5 Disember 2016 | 13 Januari 2017 | |
Permohonan secara online dibuat menggunakan komputer sahaja dan tidak boleh menggunakan phone atau pun sebarang peranti mudah alih. | ||
Setelah permohonan telah lengkap diisi. Sila membuat salinan cetakan dan disimpan bagi tujuan rujukan dan rekod pada masa akan datang. | ||
Pautan Laman Bagi Membuat Permohonan dan Pendaftaran Baru Secara Online | ||
1. PERMOHONAN BARU SECARA DALAM TALIAN Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Permohonan 1. Pilih menu PERMOHONAN BARU. 2. Sila masukkan No. MyKad. 3. Klik butang HANTAR. ** Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud. ** Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan. **Jika data telah wujud, kotak mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon perlu mengambil tindakan lanjut di menu KEMAS KINI. 2. BAHAGIAN A – MAKLUMAT PEMOHON Sila isi maklumat pemohon di ruangan BAHAGIAN A: Nama – Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan. No. MyKad – No. MyKad akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan. Tarikh Lahir – Tarikh Lahir pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan. Umur – Umur pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat Tarikh Lahir di JPN Jantina – Jantina pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan. Status Perkahwinan – Sila pilih Status Perkahwinan. (cth : Kahwin atau Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda atau Bujang) Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan – Jika status perkahwinan adalah Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, sila masukkan Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan. Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon. No.Telefon Rumah – Sila masukkan No. Telefon Rumah. (cth : 03-12345678) No.Telefon Bimbit – Sila masukkan No. Telefon Bimbit. (cth : 013-1234567) Pekerjaan – Sila Pilih Pekerjaan. (cth : Bekerja sendiri atau Penggajian (Makan Gaji / Upah) atau Tidak bekerja) Nama Bank – Sila pilih Nama Bank. (cth : CIMB BANK BERHAD) No. Akaun Bank – Sila masukkan No. Akaun Bank. Alamat e-Mel – Sila masukkan Alamat e-Mel. Alamat Surat – Menyurat Terkini – Sila masukkan Alamat Surat – Menyurat Terkini, Poskod, Bandar / Daerah dan Negeri. Maklumat Bandar / Daerah dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika maklumat Poskod yang dimasukkan adalah sah. Sekiranya maklumat Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan dipaparkan. ***Medan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang WAJIB diisi 3. BAHAGIAN B – MAKLUMAT SENDIRI / AHLI ISI RUMAH 1. Pada ruangan SENDIRI, sila isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM). Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”. 2. Jika status Perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi. 3. Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No Pengenalan pasangan. 4. Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN. 5. Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”. 6. Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol terlebih dahulu sebelum maklumat tanggungan diisi. 7. Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan no pengenalan tanggungan. 8. Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN. 9. Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”. 10. Klik pada simbol jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi. 11. Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan. 12. Klik ‘OK’ jika pasti untuk hapus maklumat tanggungan dan MAKLUMAT SENDIRI / ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula. 13. Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal. 14. Jika maklumat pasangan / tanggungan tidak wujud di JPN / Agensi, kotak mesej berikut akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual. 4. BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS 1. Klik Pilihan Waris sama ada ADA waris atau TIADA waris. 2. Jika ADA waris diklik, ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan wajib diisi. 3. Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan / tanggungan di Bahagian B – Maklumat Sendiri / Ahli Isi Rumah. 4. Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain. 5. Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN. 6. Sila pilih Hubungan (contoh : Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik). 7. Sila pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris. 8. Jika TIADA waris diklik, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi 5. AKUAN PENGESAHAN 1. Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri. 2. Klik butang HANTAR. 6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN 1. Paparan seperti di atas dipaparkan. 2. Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR. 3. Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan. 4. Klik butang TIDAK untuk kembali pada skrin permohonan sekiranya terdapat pindaan. 7. CETAK PERMOHONAN 1. Klik butang CETAK untuk cetak permohonan 2. Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali pada laman utama. 3. Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik ikon . |
Secara Manual (Pengisian Borang)
Tarikh Permohonan BR1M 2017 | Buka | Tutup |
5 Disember 2016 | 13 Januari 2017 | |
Borang permohonan yang diisi harus diantar ke Cawangan/ Pusat Khidmat LHDN/ Urban Transformation Centre (UTC) yang berdekatan sebelum tarikh tutup permohonan. | ||
Borang Permohonan BR1M 2017 Manual boleh didapati | Melalui : – Pusat Khidmat dan Pejabat Cawangan LHDN – Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN – Jabatan Pembangunan Persekutuan – Jabatan Kebajikan Masyarakat – Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan | |
Ataupun muat turun di bawah : |
Kemaskini Permohonan BR1M 2017 |
Tarikh Kemaskini Permohonan BR1M 2017 | Buka | Tutup |
5 Disember 2016 | 13 Januari 2017 | |
Kemaskinin secara online dibuat menggunakan komputer sahaja dan tidak boleh menggunakan phone atau pun sebarang peranti mudah alih. | ||
Setelah kemaskini telah lengkap diisi. Sila membuat salinan cetakan dan disimpan bagi tujuan rujukan dan rekod pada masa akan datang. | ||
Pautan Laman Bagi Membuat Pengemaskinian Secara Online | ||
Panduan Kemaskini Borang BR1M 2017 | 1. KEMAS KINI PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN 1. Pilih menu KEMAS KINI PERMOHONAN. 2. Sila masukkan No. MyKad. 3. Klik butang KEMAS KINI PERMOHONAN. 4. Klik butang CARIAN SEMULA jika ingin membuat carian semula. 2. SOALAN KESELAMATAN 1. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat kemas kini. 2. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon. 3. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja. 4. Jika jawapan yang diberikan masih salah dan 3 kali percubaan bagi setiap 3 soalan yang dijawab telah habis, peringatan berikut akan dipaparkan. 5. Contoh soalan keselamatan. 3. KEMAS KINI MAKLUMAT PERMOHONAN 1. Paparan maklumat pemohon ditunjukkan seperti di Bahagian A dan Bahagian B. 2. Pilih maklumat pemohon yang ingin dikemaskini. BAHAGIAN B – MAKLUMAT SENDIRI / AHLI ISI RUMAH 1. Pada ruangan SENDIRI, sila isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM). Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”. 2. Jika status Perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi. 3. Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No Pengenalan pasangan. 4. Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN. 5. Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”. 6. Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol terlebih dahulu sebelum maklumat tanggungan diisi. 7. Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No Pengenalan tanggungan. 8. Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN. 9. Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”. 10. Klik pada simbol jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi. 11. Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan. 12. Klik ‘OK’ jika pasti untuk hapus maklumat tanggungan dan MAKLUMAT SENDIRI / ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula. 13. Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal. 14. Jika maklumat pasangan / tanggungan tidak wujud di JPN / Agensi, kotak mesej berikut akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual. 4. BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS 1. Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik sekiranya maklumat waris pernah diisi pada permohonan BR1M sebelum ini. 2. Jika maklumat waris tidak pernah diisi, klik Pilihan Waris sama ada ADA waris atau TIADA waris. 3. Jika ADA waris diklik, ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan wajib diisi. 4. Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan / tanggungan di Bahagian B – Maklumat Sendiri / Ahli Isi Rumah. 5. Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain. 6. Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN. 7. Sila pilih Hubungan (contoh : Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik). 8. Sila pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris. 9. Jika TIADA waris diklik, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi. 5. AKUAN PENGESAHAN 1. Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri. 2. Klik butang KEMAS KINI. 6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN 1. Paparan seperti di atas dipaparkan. 2. Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR. 3. Paparan “Permohonan berjaya di kemas kini” akan dipaparkan. 4. Klik butang TIDAK untuk kembali pada laman utama. 7. CETAK PERMOHONAN 1. Klik butang CETAK untuk cetak permohonan 2. Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali pada laman utama. 3. Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik ikon . |
Permohonan baru tidak perlu dibuat sekiranya | Permohonan tahun lalu telah dibuat dan hanya perlu kemaskini maklumat terkini sahaja |
Penerima yang tiada maklumat nombor akaun baru pada tahun lalu, dinasihatkan untuk memberi maklumat akaun bank untuk BR1M 2017 melalui kemaskini online ataupun secara manual Senarai Bank Panel Pengeluaran BR1M 1 AFFIN BANK 2 AGRO BANK 3 ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD 4 AM BANK BERHAD 5 AL RAJHI BANK 6 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 7 BANK RAKYAT 8 MUAMALAT MALAYSIA BERHAD 9 BANK SIMPANAN NASIONAL 10 CIMB BANK BERHAD 11 CITIBANK BERHAD 12 HONG LEONG BANK 13 HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD 14 MAYBANK 15 OCBC BANK 16 PUBLIC BANK BERHAD 17 RHB BANK BERHAD 18 STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD 19 UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD | |
Tujuan Kemaskini BR1M | Banyak permohonan gagal disebabkan permohonan tak lengkap ataupun pengisian maklumat peribadi pada permohonan lalu tak tetap |
Untuk menambahkan maklumat akaun bank secara tepat | |
Banyak surat kelulusan tidak diposkan kerana salah alamat ataupun alamat yang diberikan tidak penuh. | |
Menambah maklumat waris supaya Skim Khairat kematian dan baki BR1M dapat disalurkan kepada waris secara sempurna | |
Kegagalan penerima sedia ada mengemaskini dan mengemukakan maklumat secara tidak tepat dan terkini boleh menyebabkan permohonan gagal atau lambat diproses | |
Penyelesaian Kekeliruan | Sesetengah penerima BR1M sebelum ini beranggapan tidak perlu lagi membuat kemaskini kerana apabila membuat semakan keputusan, status permohonan menunjukkan sudah diterima Sebagai makluman, status diterima tanpa membuat kemaskini itu tidak semestinya permohonan telah diterima terutamanya bagi penerima BR1M 2014 yang tidak mengemaskini maklumat pada BR1M 2015 dan 2016 Sehubungan dengan itu, penerima sebelum ini yang tidak membuat pengemaskinian pada BR1M 2017 boleh menyebabkan permohonan tidak diproses kecuali bagi warga emas sebatang kara |
Antara Sebab Permohonan BR1M 2017 Gagal |
Sekian sahaja perkongsian berkenaan BR1M di laman SGO kali ini.
Semoga bermanfaat dan kongsikan ia kepada saudara dan kenalan kita.
Terima kasih dan teruskan menyokong SGO.
sumber : e-br1m dan mysumber.com.