Panduan Mengisi E-Filling LHDN

Assalamualaikum w.b.t

Semua guru perlu mendaftar dan mengisi e-filling. Mungkin ramai dah lupa cara mengisi e-filling. Sebelum dapat mengisi e-filling, giru-guru perlu pergi ke LHDN untuk mendaftar cukai dan mendapatkan nombor cukai. Disini admin akan terangkan cara mengisi e-filling.

1. Sila taip link https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx
Akan keluarlah page seperti di bawah.

2. Untuk sesiapa yang pernah mengisi e-filing, isi no kad pengenalan dan password. Lepas tu klik butang Hantar. Kalau kali pertama isi, bolehlah klik Login Kali Pertama. Maka terpaparlah segala butiran diri seperti di bawah. Klik butang e-filing  dan seterusnya klik e-borang.

3.  Pilih e-BE (Tiada Punca Pendapatan Perniagaan) dan tahun taksiran semestinya tahun 2016. Ini contoh untuk pengisian e-filing individu yang tiada pendapatan perniagaan.

4. Selepas dah pilih tahun taksiran, terpaparlah segala maklumat individu. Klik pada PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG DILAPORKAN.
4  

5.Isilah segala pendapatan berkanun penggajian. Bagi kakitangan kerajaan, boleh download penyata pendapatan tahunan daripada laman e-gaji jabatan akauntan negara. Kakitangan swasta pulak boleh dapatkan penyata pendapatan tahunan  daripada majikan masing-masing. Dah siap isi semua, klik PELEPASAN / REBAT / TOLAKAN CUKAI / PELEPASAN CUKAI. 

5  

6. Isi bahagian-bahagian yang perlu di ruangan yang sepatutnya. Bila semua telah siap diisi klik RUMUSAN.

7. Paparan Rumusan. Klik Teruskan.

7

8. Semak semula borang yang telah diisi. Kalau dah confirm betul semua maklumat yang diisi, klik Tandatangan & Hantar. Akan keluar satu menu yang suruh masukkan no ic dan password. Lepas  tu klik Tandatangan. Yang ni tak sempat nak printscreen.

9. Okay last step, simpan dan cetak pengesahan untuk kegunaan di masa hadapan.

Dah selesai cara mengisi e-filling. Diharapkan dapat membantu guru-guru yang sudah lupa atau belum mengetaui caranya. Guru-guru perlu sentiasa ingat untuk mengisi e-filling supaya tiada interest tertunggak.

Terima kasih kerana menyokong SGO.