Orang “Asing” Pun Tidak Salahkan Guru

 
Assalamualaikum w.b.t
Admin tertarik dengan kata-kata seorang profesor yang telah membuat kajian selama 18 bulan mengenai sistem pendidikan negara Malaysia. Profesor daripada Universiti Harvard dari Amerika Syarikat menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia mendapati jurang besar golongan kaya dan miskin, dimana golongan miskin jauh ketinggalan.

Apa Kata Profesor Michael Woolcock

“Sistem pendidikan berfungsi dengan baik untuk golongan atas tetapi cabaran besar adalah menjadikan ia berfungsi kepada semua orang, termasuk penduduk luar bandar dan masyarakat terpencil,” kata Profesor Michael Woolcock.
Satu daripada penemuan Woolock ialah lebih separuh (51%) daripada golongan pekerja kilang tidak pandai membaca buku panduan atau melakukan prosedur asas. Beliau juga berkata bahawa Di Malaysia, ia adalah isu kelas. Jika mahu satu sistem berjaya, ia perlu berkesan buat semua orang.
Beliau juga mengakui halangan terbesar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Di Malaysia hanya golongan atasan dan pertengahan sahaja yang akan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Di Iceland, mereka mengambil serius bahasa ibunda tetapi mereka mengakui mereka berasal dari sebuah negara kecil dan jika mereka hanya boleh berbahasa Iceland, ekonomi mereka mungkin tidak berfungsi kepada keperluan ekonomi dunia.
Woolcock berkata sistem pendidikan perlu memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, di Palestin menunjukkan sebuah sekolah di tengah zon perang mendapat markah tinggi bertaraf antarabangsa. Itu sesuatu yang luar biasa. Masyarakat di sini melatih pelajar menggunakan apa yang dipelajari mereka. Ia berkesan untuk mereka.
Katanya lagi, Di Malaysia mempunyai semua bahan betul dan prasarana lengkap untuk sistem pendidikan cekap, tetapi masalahnya terletak pada pelaksanaan dasar.
Beliau tidak melihat masalah pendidikan di negara ini BERPUNCA DARIPADA GURU. Beliau berkata lagi guru perlu diberi ruang untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Sebagai contoh di India guru hanya dianggap baik selepas mereka berjaya mengajar semua bab dalam buku teks. Namun, mereka tidak dinilai sama ada kanak-kanak mempelajari sesuatu.
Beliau juga memuji kerajaan melaksanakan kemahiran berfikir lebih tinggi serta program dwibahasa di sekolah kebangsaan. Namun ia berhadapan dengan amsalah yang sama iaitu jurang kaya dan miskin.
Jadi terpulang kepada pembaca untuk menilai pendapat Profesor Woolcock. Mungkin ada betul apa yang diberitahu oleh beliau. Cikgu-cikgu diluar sana yang telah melalui pengalaman ini mungkin dapat memberi respond.
Terima kasih kerana terus menyokong SGO.