
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Modul Semakan TMK Tahun 1 2017. Semua guru sedia maklum bahawa kandungan kurikulum bagi tahun 1 2017 telah dibuat semakan.
Semakan ini adalah untuk beberapa mata pelajaran iaitu Dunia Sains dan Teknologi, Pendidikan Seni dan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Dunia Sains dan Teknologi telah diasingkan dimana subjek ini bertukar menjadi subjek Sains dan Subjek Teknologi Maklumat diserapkan dalam subjek lain dalam tahun 1.
Semua guru perlu mengetahui kemahiran asas dalam mengendalikan komputer kerana semua subjek perlu mengajar TMK.
Sekiranya murid tidak mempunyai kemahiran asas dalam TMK guru perlu mengajar dahulu kemahiran asas TMK sebelum mengajar kandungannya dalam mata pelajaran yang diajar.
Sebagai contoh, kemahiran multimedia diserapkan dalam matapelajaran Matematik. Oleh yang demikian guru perlu mempunyai kemahiran multimedia sebelum mula mengajar murid.
Murid yang tidak mempunyai kemahiran ini perlu diajar terlebih dahulu sebelum kita mula mengajar matematik.
Guru tidak perlu bimbang kerana bukan semua PnP disyaratkan mengandungi TMK didalamnya, hanya piawaian kandungan yang terpilih sahaja.
Supaya guru lebih memahami, SGO sertakan disini modul Semakan TMK Tahun 1 bagi tahun 2017.
Dapatkan Modul Semakan TMK Tahun 1 2017.
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Dapatkan Modul Semakan TMK TAHUN 1 2017
Sebagai perkembangan terkini, para guru juga harus diingati yang Kementerian Pendidikan Malaysia sudah mengingatkan kita agar melupuskan sistem Kad Rekod Persekolahan.
Sekiranya sahabat guru terlepas mengikuti pengumuman tersebut sila lawati posting kami melalui link di bawah.
Post Link :Â Pengumuman Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua guru. SGO akan sentiasa bersama anda.
Kami akan mengutuskan perkembangan terbaru dari Kementerian Pendidikan Malaysia atau apa apa sahaja berkaitan tugasan guru melalui medium laman web kami SGO.
Teruskan menyokong kami. Terima kasih.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum