Memang mudah. Cara menentukan arah kiblat menggunakan Google Maps.
Assalamualaikum semua. Hari ni SGO gembira sangat bila dah tahu cara ni. Memang terbaik. Ye lah, rupanya kita boleh jugak tentukan arah kiblat gunakan Google Maps.
Cara ni memang membantu untuk tentukan arah kiblat. Nak mengesahkan pun memang membantu. Terutama kediaman yang kita tinggal bagi tempoh yang panjang kan. Maklumlah kadang kadang kita banyak bergerak kan. Banyak juga tempat berhenti. Jadi arah kiblat pun kita sampai ragu ragu kemana agaknya kan.
Jadi bila sampai sesuatu tempat tu selalu cari arah kiblat. Memang kita ada apps di Android atau Apple phone. Ataupun gunakan kompas. Tapi perasan tak kalau kita cuba letak di tempat lain, lain pulak arah kiblat kita kan.
Kalau kompas terpengaruh dengan medan magnetik. Kalau phone pula, radar GPS kadang kadang tak tepat 100%.
Jadi elok juga kalau ada cara ni. Boleh kita bandingkan ketepatan kan.
Okey, apa kata kita tengok video ni. Sila klik video kat bawah ye.

Semoga perkongsian SGO kali ni boleh membantu pengesahan arah kiblat. :).
Jom kita share video ni. Teruskan menyokong SGO.
Terima kasih dan selamat bekerja esok hari.