Kalau Dulu UPSR, PMR, SPM,
Sekarang Apa Ek?
Assalamualaikum guru-guru dan sahabat semua.
Pernah tak orang tanya kita soalan-soalan macam ni?
Ataupun selalu terlintas tak di fikiran kita. Maklumlah, sistem pendidikan di Malaysia kan sudah berubah. Sehingga ramai kalangan ibu bapa tak berapa faham dengan perjalanan pendidikan di Malaysia sekarang ni.
Yelah, kita nak yang terbaik buat anak anak kita. Sediakan pembelajaran terbaik buat mereka dan laksanakan tanggung jawab kita sebagai mak ayah degan sebaiknya. Buat para guru pulak, sudah jadi tanggungjawab kita kan ‘guide’ dan nasihat masyarakat luar tentang jalan pendidikan ahli keluarga mereka.
Kita sedar manusia ni punyai kelebihan kelebihan masing masing. Ada yang boleh jadi doktor, ada yang boleh jadi usahawan, jadi jurutera, jadi guru atau macam-macam lagi
Ada juga yang kurang cemerlang pada awal pendidikan, lepas tu sudah bersungguh sungguh untuk merubah diri. Ringkasnya semua kita nak berjaya.
Jadi kesempatan ini, SGO berniat untuk ‘share’ Perjalanan Pendidikan di Malaysia yang terkini. Sila download link seperti yang disediakan di bawah.
Rajah ini sangat membantu pemahaman orang luar terhadap sistem pendidikan di Malaysia sekarang. Boleh share kepada sesiapa sahaja untuk membantu pemahaman pendidikan yang tersedia di Malaysia sekarang.
Kredit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga perkongsian dari SGO ini memberi manfaat kepada orang ramai.
Teruskan menyokong SGO.
Laluan Pendidikan di Malaysia