Assalamualaikum w.b.t
Admin disini mahu berkongsi aktiviti Matematik yang boleh dilaksanakan di dalam kelas Matematik. Aktiviti ini sesuai untuk semua tajuk dalam subjek matematik. Aktiviti ini menarik dijalankan di dalam kelas terutamanya bagi sekolah rendah. Mata Pelajaran lain juga boleh adaptasi aktiviti ini untuk dilaksanakan.
MAKLUMAT / BUTIRAN PROJEK
Kandungan – Menguji kebolehan murid dalam tajuk ‘Nombor Bulat” yang melibatkan
operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, menguji
kebolehan murid mencantum keratan- keratan gambar untuk
membentuk satu gambar flora dan fauna yang lengkap.
– Murid dapat memberikan pandangan kritikal dan respon tentang
gambar yang telah mereka lengkapkan. Respon ini adalah
berdasarkan kandungan tersirat gambar itu.
Strategi – Memilih gambar- gambar flora dan fauna, mengerat gambar tersebut
dalam bentuk geometry, menyediakan soalan-soalan di setiap keratan
gambar serta papan untuk disusun membentuk gambar.
– Murid perlulah pandai menjawab soalan-soalan operasi tersebut dan
barulah gambar lengkap boleh dihasilkan.
KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
![]() |
gambar yang dipilih |
![]() |
pecahkan gambar kepada beberapa bahagian |
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
1. Inovasi
ini berhubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik iaitu tajuk
“Nombor Bulat” yang berkaitan dengan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
ini berhubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik iaitu tajuk
“Nombor Bulat” yang berkaitan dengan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
2. Inovasi
dalam bidang pelajaran iaitu mata pelajaran Matematik. Inovasi ini dilakukan
untuk menjadikan mata pelajaran ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri seerta
kreatif. Ini penting untuk menarik minat murid, dapat memperoleh ilmu yang
ingin disampaikan serta digunakan pada bila- bila masa sahaja.

3. Kaedah
pelaksanaan inovasi:
pelaksanaan inovasi:
![]() |
gambar di potong kepada beberapa bahagian bentuk |
![]() |
di belakang bahagian yang di potong ditulis soalan |
![]() |
gambar akan dicantum mengikut jawapan di papan |
![]() |
papan yang mengandungi jawapan |
Admin harap aktiviti ini dapat membantu guru untuk menceriakan lagi aktiviti pdp di dalam kelas. Aktiviti ini dapat memastikan murid tidak bosan untuk belajar matematik.
Admin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa menyokong SGO.