HEBAT!!! Guru Berbakat Menarik Minat Murid Belajar.

Assalamualaikum w.b.t

Admin fikir ramai cikgu di luar sana yang sangat berbakat. Cikgu mestilah mempunyai personaliti yang menarik bagi menarik minat murid untuk belajar. Cikgu yang kreatif pasti akan mudah untuk memikat murid dalam belajar. Sebenarnya, murid akan lebih minat belajar sekiranya guru pandai menjalankan aktiviti pdp di dalam kelas. Kalau hanya “chalk and talk” sahaja akan mematikan minat murid untuk belajar. Adakah cikgu setuju dengan admin???

Disini admin ingin berkongsi mengenai seorang guru yang sangat berbakat. Beliau sangat minat menjadi seorang guru kerana dengan menjadi seorang guru beliau dapat menunjukkan bakat dia kepada murid. Hebatkan??? Sebenarnya, kalau kita minat membuat Sesuatu perkara pasti kita akan melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Pertama sekali mari kita lihat cara guru ini berpakaian. Pasti admin rasa cikgu diluar sana tidak mampu untuk berpakaian seperti cikgu shah ini. Perasaan malu pasti timbul dalam diri. Namun yang demikian, cikgu shah ini sangat berkeyakinan dalam berpakaian. Murid-murid akan menunggu cikgu shah hadir ke sekolah untuk melihat cara cikgu mereka berpakaian. Cara guru berpakaian sebenarnya sangat mempengaruhi minat murid untuk belajar. Murid akan lebih yakin untuk belajar apabila melihat gurunya sangat menunjukkan keyakinan yang tinggi. Di bawah ini saya kongsikan gambar cikgu shah berpakaian ke sekolah.

shah10
berbaju melayu

 

shah35
Berpakaian seperti mahu menari

 

shah21
Murid senang bersama guru

Selain kreatif dalam berpakaian, cikgu shah juga kreatif dalam aktiviti pdp. Sangat menakjubkan apabila semua lukisan untuk ditunjukkan kepada murid menggunakan hasil tangan dia sendiri di papan putih. Lukisan cikgu shah ini sangat menarik dan nampak profesional. Matapelajaran Bahasa Inggeris banyak menggunakan gambar untuk menyampaikan sesuatu mesej. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa menunjukkan gambar kepada murid untuk menerangkan isi kandungan pdp. Cikgu shah tidak menggunakan LCD tetapi menggunakan bakat semulajadi dia yang pandai melukis. Murid seronok belajar dan menghargai kerana semua dihasilkan oleh tangan guru sendiri. WOW!! diluar jangkaan admin begitu hebat lukisan cikgu shah ini.

 

 

 

shah5
Gambar-gambar hasil tangan Cikgu Shah dalam aktiviti Pdp

Selain itu, Cikgu shah juga sangat kreatif dalam menghias kelas. Pendek kata semua benda yang di buat oleh dia akan menjadi sangat wow!!! Kelas daripada zero menjadi sangat cantik dan selesa untuk murid-murid belajar. Menurut beliau kebanyakkan bahan untuk menghias kelas adalah sumbangan peribadi dia sendiri. Bayangkan sampai sanggup simpan duit untuk membeli cat. Sikap ini harus dipuji dan diikuti oleh semua guru. Walaupun duit banyak habis tetapi cikgu shah berpuas hati kerana murid selesa belajar di dalam kelas.

 

 

 

Guru diluar sana boleh mengambil ilham daripada hiasan kelas yang di buat oleh cikgu shah. Menarik bukan?? Kombinasi warna serta hiasan sangat sesuai untuk suasana pdp yang selesa. Berapalah duit yang dihabiskan oleh dia untuk siapakan kelas ini.

Cikgu shah juga berbakat dalam bidang tarian. Semua ilmu tarian yang ada dalam diri cikgu shah dicurahkan kepada murid-murid. Dia akan melakukan sebaik yang mungkin untuk mendapat hasil yang terbaik. Ternyata hasil pengajaran dia dalam tarian memberikan hasil yang sangat memuaskan. Waktu lapang dia akan dihabiskan untuk mengajar murid tarian. Sehinggakan murid-murid tinggal dirumah beliau untuk melakukan latihan tarian. Dia tidak pernah rasa penat atau merungut kerana ini adalah minat dia.

tarianshah
kumpulan tarian sekolah

 

tarianshah2
latihan tarian

Cikgu shah juga menyumbangkan kreativiti beliau di bilik guru. Walaupun tidak di suruh oleh guru besar tetapi dia membuat kerja dengan rela hati. Beliau telah menghias papan notis dengan begitu cantik. Ada lagi guru yang sebegini rupa  tidak pernah berkira untuk menjalankan tugas. Sangat kreatif cikgu shah ini. Untung sekolah ini dapat guru seperti cikgu shah.

shah13
papan notias yang dihias

 

shahmeja
meja cikgu shah yang sangat kemas

Selain itu, cikgu shah juga sangat sporting dalam membuat persembahan. Jarang kita jumpa guru dapat membuat persembahan seperti dia. Sangat hebat!!! Murid-murid sangat kagum dengan bakat yang ada pada cikgu shah. Video di bawah ini merupakan salah satu persembahan cikgu shah sewaktu hari guru. Adakah cikgu diluar sana sanggup membuat persembahan seperti ini???

 

Kesimpulannya disini, guru yang hebat pasti akan menjadi kesukaan murid. Apabila murid suka, apa yang diajarkan akan diterima oleh murid dengan sebaiknya. Jadilah guru yang sentiasa mencari kesilapan dalam pengajaran supaya sentiasa dapat betulkan apa yang silap. Jangan menjadi guru yang sentiasa berpuas hati dengan kerja yang dilakukan.

Admin disini mengucapkan tahniah kepada cikgu shah kerana menjaga nama baik cikgu dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid dan sekolah. Semoga cikgu shah akan sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilakukan.

kredit kepada Shahrizal Bin Sha’ari

Admin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa menyokong SGO.