Guru Perlu ISYTIHAR HARTA Bagi Elak Terlibat Dengan Rasuah

Kandungan BH ONLIE 12/01/2016

“KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sesiapa saja warga jabatan dan pentadbir sekolah jika gaya hidup mereka dilihat melebihi pendapatan.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan SPRM menerima banyak aduan membabitkan warga kerja jabatan itu, termasuk di peringkat sekolah. Katanya, maklumat itu diterima susulan kunjungan hormat Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ke JPNS di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak termasuk pengetua dan guru besar agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana ia membabitkan integriti warga pendidik. “Saya turut diberitahu ada warga di jabatan ini bersubahat memberi perkhidmatan membekalkan barangan keperluan sekolah dalam kalangan ahli keluarga tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya.

“Sehubungan itu, saya juga akan meminta warga pendidik melakukan pengisytiharan harta masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Awal Tahun 2017 di Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah di sini, sebentar tadi.”

Sekiranya guru tidak membuat salah kenapa perlu takut dengan kenyataan BH Online ini. Guru perlu mendengar nasihat Pengarah Pendidikan Sabah untuk melakukan pengisytiharan harta masing-masing bagi mengelakkan dituduh terlibat dengan rasuah. 

Pengisytiharan harta ini perlu dibuat 5 tahun sekali atau setiap kali harta cikgu bertambah. Pengisytiharan harta sekarang dibuat di Hrmis secara online. Jangan mengambil mudah perkara ini. Jangan sampai “nasi menjadi bubur”. Perkara ini penting bagi guru yang membuat perniagaan atau mempunyai harta yang lebih daripada kemampuan gaji seorang guru.

harta
Isytihar Harta Dalam HRMIS

Oleh yang demikian, kita sebagai penjawat awan perlu menjaga etika kita sebagai seorang guru. Kemaskini maklumat penting supaya memudahkan urusan kita sebagai seorang guru.

Kredit kepada Berita Harian ONLINE

Terima kasih kerana terus menyokong SGO.