Guru Kreatif dan Inovatif

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua guru di luar sana??? Di sini admin mahu berkongsi mengenai usaha seorang guru yang berada jauh di luar bandar. Guru ini mengajar  di salah sebuah sekolah di pekan Kapit yang diberi nama SK Kapit, Sarawak.

Sebelum admin mahu bercerita mengenai usaha gigih beliau, terlebih dahulu admin mahu bercerita mengenai perjalanan ke SK Kapit. Buat pengetahuan semua pembaca, untuk ke sekolah SK Kapit hanya jalan air sahaja yang boleh digunakan. Perjalanan menaiki bot ekspress mengambil masa selama 3 jam. Setelah sampai di pekan kapit, perjalanan menaiki kenderaan darat selama 10 minit untuk sampai ke sekolah.

bot ekspress ke kapit dari sibu

Pekan Kapit ini diibarat seperti sebuah pulau. Sekiranya mempunyai kes kecemasan, perlu menunggu bot ekspress terlebih dahulu untuk ke bandar sibu. Bot terakhir ke pekan Sibu ialah pada jam 3: 15 petang. Bayangkan sekiranya ada kes kecemasan lepas waktu itu, tiada pengangkutan yang boleh di bawa merentasi sungai Rajang untuk ke Pekan Sibu. Di sini dapat kita lihat pengorbanan seorang guru yang sanggup meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Demikian cerita perjalanan ke sekolah SK Kapit. Sekarang admin mahu bercerita mengenai kreatifnya seorang guru di sana. Walau dimana dia berada, tiada halangan untuk setanding dengan guru yang di kawasan jauh lebih baik.  Bakat yang dianugerahkan kepada dia telah digunakan sebaik mungkin dalam bidang pendidikan. Dia mempunyai bakat dalam bidang seni dan juga sukan. Apa sahaja kerja yang diberikan kepada dia, akan dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Salah satu usaha kreatif cikgu ini ialah dalam mengambil gambar pasport murid-murid tahun enam. Dia sedia maklum bahawa untuk menyuruh murid-murid mengambil gambar sendiri mungkin tidak dapat dilakukan oleh mereka. Hal ini mungkin disebabkan faktor kewangan dan masa. Oleh yeng demikian, cikgu kreatif ini telah mengambil gambar murid dengan kreativiti sendiri seperti di dalam gambar. Di sini dapat dilihat bahawa, cikgu ini ikhlas dalam membantu murid tanpa sebarang balasan.

kreatif guru dalam mengambil gambar pasport

Selain itu, beliau juga aktif mengajar murid dalam seni tarian. Pada setiap tahun cikgu ini akan menghantar murid untuk pertandingan tarian di daerah kapit. Bakat dia dalam bidang tarian tidak di sia-siakan. Dia curahkan bakat itu kepada anak didiknya. Murid-murid begitu senang dengan kehadiran dia di sekolah itu.

pasukan tarian bimbingan cikgu rul

Cikgu-cikgu diluar sana boleh mengambil semangat guru ini untuk dijadikan contoh. Walaupun dimana kita berada, tanggungjawab yang di beri perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin mengikut kemampuan. Jangan sesekali ada alasan kerana orang yang sentiasa beri Alasan adalah orang yang GAGAL. Admin amat mengagumi CIKGU RUL ARIFFIN daripada SK KAPIT, KAPIT SARAWAK ini. Di harap cerita ini dapat menaikkan lagi semangat guru di luar sana untuk terus memberi sumbangan kepada murid. Cara guru ini mengambil gambar pasport juga boleh ditiru oleh guru diluar sana.

pakaian yang kreatif untuk perarakan sukan

Admin sentiasa doakan guru di luar sana akan menjadi guru yang terbaik dikalangan yang terbaik. Terima kasih kerana sentiasa menyokong SGO.

telegram sistemguruonline