Fuhh! Camner lah cikgu dia nak sebut ni. Airell Ayrell Ezekiel Ieriel..
Assalamualaikum cikgu cikgi semua. Dah tengok tak nama nama yang ada kat atas ni.
Menggeleng kepala admin SGO bila terbaca ni. Gambar ni, admin dapat dari kawan di laman Facebook.
Mungkin dia dapat pun dari kawan kawan dia jugak kot. Nama kat atas ni bukan direka reka ye. Ini nama sebenar!
Nama nama budak zaman sekarang. Kalau dulu ok lagi, syah, zamarul, hisyam, nasir, razak. Semua tu cukup senang nak sebut. Cikgu pun tak pening pening nak panggil. Hehe.
Tapi kalau tengok sekarang, sekali Ayrell, Ezekiel, Fiddine. Nak sebut macam mana pun admin sendiri tak tahu. Eja saja tahulah.
Tapi ada kelebihan jugak kan sebenarnya kat sekolah ni. Cuba contoh cikgu nak marah nak sergah pelajar pelajar ni. Ezekiel!! Fiddine!!! Mahu terbelit lidah cikgu tu. Hehe..
Â
Yang nak marah pun tak jadi marah nampak gaya macam tu. Apapun, ini baru zaman abad 21. 10 tahun lagi agak agak macam mana pulak nama anak anak kita ye. Admin SGO rasa jadi Merriyam Eiz-Shierryel Puesterey kot kalau perempuan.
Takdelah saje je. Apapun, yang baik dijadikan teladan. Yang tak baik dijadikan sempadan kan. Cikgu lain saya tak tahulah apa agaknya nama yang korang jumpe kan. Cube share nak tengok. Nak jadikan inspirasi ataupun ilham timang nama anak anak pulak. Hihi.
Ok, selamat maju jaya buat semua guru guru. Teruskan menyokong SGO dan selamat menyebarkan ilmu kat anak anak generasi masa depan.
Â