Dukalara Guru Pedalaman.

Admin amat tertarik dengan cerita guru pedalaman di sabah ini. Mari kita sama-sama baca kisah beliau.

Mengandung Tanpa Suami?

Pertama kali aku reveal semua ni di public. Atas kebenaran suami. Sebab sampai bila keadaan sekolah mesti begini?
.
Ramai kawan2 dan sedara mara yg tanya aku ok tak mengandung tanpa suami. Thanks for the concern! Takpe, korang rilek je. Aku okay je PJJ ni. Rindu-rindu tu biasala. Tak rindu tak sayang. Eh 1f648🙈 Lagipun aku stay dengan family. Tak rasa sangat.
.
Tapi tu semua cerita 10 bulan lepas. Sebelum aku diberi rezeki mengandung. Dah mengandung pun still okay lagi tapi SEKARANG NI AKU TOTALLY TAK OKAY!
.
Sebab? Ha panjang ni nak cerita. Harap korang bersabar dan harap korang boleh #SHARE sebanyak-banyaknya supaya kami dapat ‘pembelaan’ sewajarnya.
.
Ya, kami suami isteri PJJ. Sebelum korang nak judge, “alah, orang lain pun PJJ jugak. Apa masalahnya?”
.
PJJ ‘orang lain’ tu sama tak dengan kami ye? Bukan PJJ yang tiap minggu boleh balik atau boleh check in memana jumpa, tiap malam boleh call, video call semua. Tiap saat boleh whatsapp. Bukan..
.
Jarak kami terpisah hampir 2,000km. Dia jauh di sebuah sekolah (SK Sibangali) dalam hutan di sempadan Kalimantan sana, dan aku di sini. Part tu aku tak berapa kisah asalkan masih boleh berhubung bertukar khabar.
.
Sekolahnya– hampir 4 jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu ke PPD Nabawan, dari Nabawan, 3 jam perjalanan ke dalam hutan menaiki 4wd (time ni dah start takde line dah) dan 2 jam perjalanan menaiki bot. Boleh bayangkan? 1f60a😊 Gambar dan maklumat perjalanan ke sekolah dia aku letak sekali kat gambar bawah ni untuk korang lebih faham situasinya.
pedalaman2
Lori balak pun guna jalan yang sama. Tersangkut lori balak, tersangkut jugaklah perjalanan
pedalaman3
MELALUI JALAN BERGAUNG
pedalaman4
Setelah darat. 2 jam menaiki bot
Dan 100% takda coverage telefon dalam hutan sana ya. Even telefon sekolah pun tak berfungsi. Hanya bergantung pada capaian Internet sekolah sahaja. Tapi Internet pun semput. Part ni pun aku okay lagi, asalkan ada internet, dan punya peluang bertukar khabar melepas rindu.
.
Tapi part paling sedih;
Bila elektrik sekolah dah mula buat hal (guna solar) sejak bulan Mac tahun lepas. Maka cikgu2 sekolah pun berpakat berkongsi duit beli genset. Untuk diwakafkan pada sekolah dan orang kampung sekelilingnya 1f602😂
.
PPPP
bila elektrik tiada
Dan sekarang, tahun 2017 ni, letrik takde, solar dan genset dah totally rosak. Internet, tak pernah dibetulkan dari hujung tahun lepas. Air, memang kena pergi/tadah air sungai je. Sebab paip dah kena potong. Complete kan? Letrik, air, dan internet– satu2 nya cara berhubung dengan dunia luar– tiada 1f642🙂. Jadi berbaloikah pengorbanan guru-guru kita (suami aku) di sana?
mm
Genset yang digunakan
Bila ditanya pada pihak atasan, jawapan senang– katanya tiada peruntukan. Aku rasa tiap tahun DS Najib bentangkan peruntukan untuk sekolah-sekolah dan tiap tahun juga kita dikhabarkan bahawa ekonomi kita semakin berkembang maju, kan? Ke mana perginya segala peruntukan tersebut?
.
Jadi, tolonglah. Aku merayu. Kalaupun masih tidak diberi peluang (2 kali mohon DukaLara atas faktor keselamatan– kes lain, tapi tetap GAGAL 2639☹️) untuk suami aku pulang berbakti di Semenanjung, peluang untuk kami tinggal dan hidup bersama bakal anak kami dalam masa terdekat ni, tolonglah berikan kemudahan selayaknya untuk para guru di dalam sana. Ya, aku tahu aku dan anak aku kuat. Tapi kadang2 aku pun lemah juga. Aku perlukan suami aku. Anak aku perlukan ayahnya.
.
Dan maafkan aku jika bertanya, cukupkah hanya 6 orang guru (termasuk Guru Besar) ditempatkan di sekolah yang mempunyai pelajar seramai 100++ orang?
.
Oleh itu aku mohon jasa baik kalian untuk tolong ‘sampaikan’ pada pihak berwajib supaya kami suami isteri dan guru-guru bahkan anak murid di dalam sana dapat pembelaan sewajarnya.
.
Sekian,
Isteri yang cuba berbakti, dari kejauhan. Harap semuanya baik-baik saja
Daripada cerita ini, kita semua rasa bersyukur kerana tidak mengalami perkara yang sama. Diharap mereka akan dapat bersama suatu hari nanti. Amin.
Terima kasih kerana menyokong SGO.