Cikgu Mustaqim “FAMOUS” Gara-gara Video yang diupload

Assalamualaikum w.b.t

Pembaca mesti masih ingat admin pernah publish artikel pasal murid pedalaman membuat beatbox. Video itu telah dimuat turun oleh cikgu Mustaqim di facebook. Kini video itu telah viral satu dunia. Sangat hebat penangan video itu. Video itu juga telah menarik perhatian Era fm dan juga Harian metro. Famouslah murid itu sekarang.

rujuk link ini:
http://www.sistemguruonline.my/2017/01/wow-murid-pedalaman-sabah-dapat-membuat.html

Murid berkenaan dapat menonjolkan bakat mereka kerana dengan adanya Cikgu Mustaqim. Sebelum ini, guru lain tidak sedar akan bakat murid yang ada di sekolah Bongkol, Pitas, Sabah. Cikgu Mustaqim merupakan guru lepasan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Dia merupakan guru Muzik yang sangat handal. Tidak mustahillah dia dapat mengesan bakat murid yang berada di sekolah itu.

Cikgu Mustaqim dulunya tidak minat kepada muzik. Setelah dia menyambung pelajarannya di IPG Perlis dan mengambil opsyen muzik minat dia terhadap muzik semakin mendalam. Sekarang dia sangat aktif bermain muzik dan mempunyai kumpulan band.

Koleksi gitar beliau sangat banyak. Dia sangat mahir bermain gitar. Muzik yang dimainkan menggunakan gitar sangat sedap di dengar. Sekarang, beliau juga telah mengambil kerja membuat lagu sekolah dengan harga yang sangat berpatutan. Cikgu-cikgu diluar sana kalau mahu menggunakan khidmat dia boleh berhubung dengannya. Hasil sangat memuaskan.

Bersama idola pemain gitar

 

bersama Andy Flop Poppy

 

Keseronokkan bermain gitar

 

Penuh gaya

Di SK Bongkol dia baru sahaja berkhidmat tidak sampai satu bulan. Sebelum ini, dia mengajar di Kapit, Sarawak selama 5 tahun. Kenapa dia pilih pindah ke Sabah tidak ke negeri asalnya di Kelantan??? Hal ini kerana beliau telah mengahwini seorang gadis sabah berbangsa dusun. Dia berkata mahu menerokai Sabah terlebih dahulu sebelum berpindah ke Negeri asalnya. Dia dikurniakan seorang puteri yang sangat cantik hasil daripada perkahwinanya. Isteri dia juga bersekolah di sk Bongkol.

Di SK Bongkol

 

Bersama Anak

 

Family bahagia

Cikgu Mustaqim juga hebat dalam sukan bola tampar dan futsal. Sekarang beliau aktif melatih murid SK Bongkol bersama isterinya. Guru Besar sekolah berkenaan memberi kepercayaan penuh kepada dia dan isterinya untuk melatih bola tampar.

Bermain bola tampar

 

Bermain Futsal

Setelah, video berkenaan viral dia berhasrat utuk mengembangkan lagi bakat murid berkenaan. Dia berhasrat untuk membuat recording setelah barang-barang muzik sampai di Sabah. Sungguh gigih guru ini bagi memastikan bakat murid tidak mati begitu sahaja. Bayangkan hasil video yang viral itu, juara dunia beatbox juga turut memuji murid-murid ini. Ini dapat dibuktikan bahawa murid ini dapat menembus pasaran luar negara sekiranya digilap dengan betul.

komen daripada Mark Martin – ihsan My Metro

Menurut kawan dia,  dia sememangnya berbakat dan bakatnya sangat hebat. Persembahan band yang dia lakukan tidak akan menghampakan penonton. Dalam laman facebook, banyak video bermain gitar telah di muat turun. Pembaca boleh melihatnya sendiri.

Bersama kawan baiknya

 

ceria bersama kawan cikgu yang lain

Disini, admin mahu menekankan bahawa guru yang mempunyai bakat terpedam tidak kira dalam apa jua bidang seharusnya mencurahkan bakat itu kepada murid. Guru juga perlu mencari keistimewaan murid untuk digilap menjadi lebih baik. Usaha gigih Cikgu Mustaqim ini boleh dijadikan contoh kepada semua guru di luar sana.

Dibawah adalah link harian metro yang boleh dibaca


http://www.hmetro.com.my/node/200876

Facebook Cikgu Mustaqim


https://www.facebook.com/riff.guy

Terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberi sokongan kepada SGO.